[Highlight Serie A 2020/21]: Inter 1-2 Milan

Dua gol oleh Zlatan Ibrahimovic dalam tempoh tiga minit membantu AC Milan menewaskan kelab seteru Inter sekaligus meneruskan rentak kemenangan sejak bermulanya musim baharu Serie A.

Penyerang berusia 39 tahun itu menjaringkan gol pertama selepas Samir Handanovic menyelamatkan sepakan penalti beliau, dan menjaringkan gol kedua dalam perlawanan ini selepas menyempurnakan hantaran lintang bijak dari Rafael Leao.

Romelu Lukaku kemudiannya merapatkan kedudukan hanpir setengah jam perlawanan berlangsung, namun dinafikan penalti pada babak kedua perlawanan.

AC Milan kemudian mempertahankan kedudukan untuk memastikan kemenangan keempat dari empat perlawanan yang dilalui sekali gus membenarkan mereka berada di persada liga.

1,000 penyokong dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan di San Siro tatkala Ibrahimovic kembali dari tempoh berkurung selepas didapati positif wabak sebelum ini.

Bekas penyerang Sweden itu tidak menunggu lama dan pantas mengulangi prestasinya pada September lalu untuk memastikan dirinya kini memiliki empat gol keseluruhan dari dua aksi Serie A di mana beliau diturunkan beraksi.

Ibrahimovic diberikan sepakan penalti selepas 13 minit dan pantas menyempurnakan bola muntah selepas sepakan pertama diitampan Handanovic. Ia diikuti dengan gol kedua selepas itu.

Penyerang Inter, Lukaku kemudiannya menyempurnakan hantaran rendah Ivan Perisic dan hampir sahaja menyamakan kedudukan sebelum tamay babak pertama melalui tandukan yang sedikit sipe selepas menerima bola hasil sepakan sudut.

Penyerang Belgium itu juga terpaksa menerima hakikat sepakan penalti yang dinafikan oleh VAR selepas beliau kelihatan seperti dijatuhkan oleh penjaga gol Milan, Gianluigi Donnarumma.

Gol jaringan oleh Lukaku adalah gol pertama yang membolosi gawang AC Milan di saingan liga pada musim ini, dan sehingga kini cemerlang menewaskan setiap pasukan yang sedang berada dalam prestasi baik.

Kali terakhir AC Milan meraih trofi utama ialah pada 2011.

Skuad kendalian Stefano Piolo itu kini tidak tewas dalam 20 perlawanan dalam semua pertandingan, dan menamatkan saingan pada musim lalu dengan 9 kemenanga dan 3 seri dari 12 perlawanan terakhir sehingga ke penghujung musim.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.