Paris Saint-Germain (PSG) mara ke perlawanan akhir UEFA Champions League buat kali pertama selepas menewaskan RB Leipzig pada awal pagi tadi.
Skuad kendalian Thomas Tuchel itu cemerlang menewaskan RB Leipzig dengan jaringan 3-0 di Lisbon.
Gol-gol PSG dijaringkan oleh Marquinhos, Angel Di Maria dan Juan Bernat.
Marquinhos terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat juara Ligue 1 itu selepas menanduk masuk sepakan percuma cantik daripada Di Maria.
Pemain sayap Argentina itu turut mencetak nama sebagai penjaring selepas magis daripada Neymar yang menghasilkan assist dengan teknik back-heel menarik membuka ruang buat Di Maria menjaringkan gol pada minit ke-42 perlawanan.
Bernat menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-56 melalui hantaran lintang Di Maria sekali lagi untuk teris mematikan langkah RB Leipzig dalam perlawanan ini.
PSG akan berhadapan dengan Luon atau Bayern Munich dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung pada Ahad hadapan.
1 golo
2 assistências
MOTMDi M̶a̶r̶í̶a̶ Magia esteve no seu melhor frente ao Leipzig 🧙♂️ pic.twitter.com/eGX3sBFlFo
— B24 (@B24PT) August 18, 2020
Rating pemain
RB Leipzig: Gulacsi (6), Klostermann (6), Upamecano (6), Mukiele (5), Laimer (5), Kampl (5), Sabitzer (5), Angelino (6), Olmo (5), Nkunku (5), Poulsen (6).
Subs: Orban (n/a), Forsberg (6), Adams (n/a), Schick (6), Halstenberg (5).
PSG: Sergio Rico (6), Kehrer (6), Thiago Silva (7), Marquinhos (7), Kimpembe (7), Bernat (7), Ander Herrera (7), Paredes (7), Di Maria (8), Mbappe (7), Neymar (7).
Subs: Verratti (n/a), Choupo-Moting (n/a), Sarabia (n/a), Draxler (n/a).
Man of the match: Angel Di Maria.