[HIGHLIGHT Liga Revelação]: Portimonense SC 1-3 Sporting CP

Pemain sayap kebangsaan. Safawi Rasid akhirnya melakukan penampilan pertamanya dalam perlawanan kompetitif bersama skuad Bawah-23 tahun Portimonense SC dalam perlawanan menentang Sporting SC.

Nama Safawi berada di dalam kesebelasan utama kelab Portugal itu, dan bekas penyerang sayap JDT itu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan.

https://www.facebook.com/PortimonenseFUTEBOLSAD/posts/3301609019887009?__xts__%5B0%5D=68.ARA0mInAGBNKlXLG9qGXstpbAbxwEnWwxzDjAm-GC__wZQQZMmBB1VL20xPiBpyxQPXrqAgLY75LcJEVCmYKDqaVqxJi_sytVxJ90iaE_DV11TVyCW5jB48sVhDJU_wXbtzkHVzj7uwdMQ-bxmiLu4eKBa9wenF0vPtXJQY5A0GjJqqsd6Ai4Bj8_GWQqCCHXcty0Rv-f_fY-XyL44LC_YDZ05TxtLqaoszYG8hS5kw4Xg2OoIifkfJGuhOEVXhL0tLIpoX8E9V49ceArju15ZM61ck8zgQ39PBbJdpd7eLCrBh4JW3SS_gpjLlekMq-d_Qy9BUYlghz1Xe-K7n8U9LRjw&__tn__=-R

Namun demikian Portimonense gagal membendung asakan dari Sporting SC dan tewas 1-3 kepada Sporting di dalam perlawanan ini.

Portimonense sebenarnya bermula dengan baik apabila mendahului seawal minit ke-17 melalui jaringan Paulo Estrela.

Tidak berdiam diri, Sporting kemudiannya menggandakan asakan dan menjaringkan gol penyamaan 10 minit kemudian melalui Rafael Fernandes.

Kedudukan kekal terikat 1-1 sehingga wisel tamat babak pertama dibunyikan. Sporting tidak membuang masa untuk mengenakan tekanan selepas babak kedua perlawanan dibunyikan.

Selepas sejam perlawanan berlangsung, Sporting akhirnya berjaya membocori gawang Portimonense sebanyak dua kali dalam tempoh 3 minit.

Dalam perlawanan ini Safawi boleh dikatakan beraksi dengan baik. Beberapa larian oleh pemain ini berjaya menguacarkacirkan pertahanan lawan.

Safawi dilihat mempunyai keyakinan yang baik sepanjang perlawanan. Memandangkan Safawi sudah pun beraksi bersama Skuad B-23 pada malam tadi, ini bermakna besar kemungkinan beliau tidak akan beraksi bersama skuad utama bertemu Maritimo pada malam ini.

Portimonense sebenarnya sudah lama memantau perkembangan Safawi sebelum mendapatkan pemain ini pada jendela perpindahan musim panas ini.

Disebabkan komitmen bersama JDT, Safawi bagaimana pun hanya menyertai kelab baharunya itu selepas tamat saingan Liga Super Malaysia.

Portimonense mahukan Safawi dalam usaha mereka ingin bangkit semula selepas kempen yang hambar musim lalu.

Pada musim lalu, Portimonense S.C beraksi dalam liga utama Portugal pada musim 2019/20. Namun tersingkir ke divisyen dua untuk musim hadapan bersama dengan CD Aves.

Namun kelab tersebut dikekalkan divisyen. Ini selepas 2 kelab yang gagal mengemukakan dokumen kewangan yang menepati piawaian oleh liga.

Vitoria Setubal dan CD Aves disingkirkan ke divisyen 3 musim hadapan kerana gagal dalam laporan mereka.

Keputusan drastik menyingkirkan mereka ke divisyen ketiga kerana mereka melanggar isu regulasi berkaitan dengan kewangan dan perlesenan.

Ini bermakna Portimonense SC akan kekal beraksi di liga utama. Dan selepas tiga perlawanan yang dilalui untuk musim 2020/21, Portimonense kini berada di kedudukan ke-16 dari 19 pasukan dengan 1 keputusan seri dan dua kekalahan.

Portimonense S.C merasakan Safawi Rasid adalah pemain yang menepati kehendak pasukan mereka. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Safawi agar cita-cita beliau bermain bersama kelab yang lebih besar di Eropah pada masa hadapan menjadi kenyataan.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.