[Highlight EPL 2020/21]: Spurs 3-3 West Ham

Gol masa kecederaan oleh Manuel Lanzini merosakkan kepulangan Bale ke pangkuan Tottenham Hotspur.

Perlawanan tersebut sepatutnya ibarat welcoming party untuk Bale yang mencipta nama bersama Spurs sebelum menyertai Real Madrid 7 tahun lalu.

Spurs mendahului perlawanan ini dengan selesa sepanjang 80 minit perlawanan. Namun kelebihan selesa tersebut hilang pada 10 minit teakhir perlawanan apabila West Ham bangkit dengan luar biasa untuk mengikat skuad kendalian Jose Mourinho.

Kebangkitan oleh West Ham selepas ketinggalan 3-0 pada 10 minit terakhir itu juga bermakna Moyes dan anak buahnya berjaya mencuri satu mata.

Gol roket dari jarak jauh pada masa kecederaan oleh Manuel Lanzoni menyamakan kedudukan selepas Spurs mendominasi 16 minit pertama perlawanan melalui dua jaringan Harry Kane dan satu dari Son Heung-Min.

West Ham memulakan kebangkitan dengan tandukan Fabian Balbuena sebelum gol Davinson Sanchez ketika perlawanan berbaki lima minit sekadar menambah tekanan kepada skuad Mourinho.

Gareth Bale yang memulakan perlawanan dari bangku pemain simpanan dan tampil buat kali pertama sejak mengesahkan pinjaman dari Real Madrid terlepas peluang terbaik menambah jaringan untuk Spurs, sebelum Lanzini menggamamkan ramai dengan jaringan jarak jauh menewaskan Hugo Lloris.

West Ham memperbaiki permainan mereka dengan baik pada babak kedua perlawanan, namun gol Lanzini adalah klimaks terbaik kepada kebangkitan mereka dalam perlawanan ini.

Keputusan ini menyaksikan Spurs kekal di kedudukan keenam, manakala West Ham merangkak dua anak tangga ke kedudukan ke-8 Liga Perdana Inggeris.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.