HIGHLIGHT EPL 2019/20: Hatrik Salah Termasuk 2 Penalti Bantu Liverpool Tewaskan Leeds

Anda mungkin telah menyaksikan perlawanan terbaik Premier League musim ini walaupun pada hari pertama pertandingam.

Juara Liga Perdana Inggeris berhadapan juara Championship. Liverpool menjadi tuan rumah kepada Leeds di Anfield.

Ia antara perlawanan yang dinanti-nantikan untuk melihat pertembungan taktikal Jurgen Klopp dan marcelo Bielsa.

Dan walaupun Liverpool mendahului seawal minit ke-4 melalui jaringan Mohamed Salah, The Reds terpaksa bekerja keras untuk memastikan tiga mata milik mereka dalam perlawanan ini.

Leeds hanya memerlukan lapan minit untuk menyamakan kedudukan melalui jaringan menarik Jack Harrison.

Namun pada minit ke-20 Virgil Van Dijk memastikan kelab tersohor juara dunia sekali lagi berada di hadapan dengan menanduk masuk sepakan penjuru Andy Robertson.

Leeds tidak gentar walaupu berhadapan kelab tersohor dan menyamakan kedudukan 10 minit kemudian melalui Patrick Bamford yang memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan bakal Ballon d’Or, Van Dijk.

Salah yang tidak rasa bersalah selepas itu kembali memberikan Liverpool kelebihan dalam perlawanan ini apabila merembat kencang bola yang gagal dikeluarkan oleh Leeds hasil sepakan percuma.

Masuk waktu rehat, Klopp pasti memberi kata-kata motivasi ‘ala Jerman’ yang menampilkan gigi kuning tersusun rapi demi memastikan Liverpool menang dalam perlawanan ini.

Dan Liverpool sepatutnya berbuat demikian selepas babak kedua bermula, namun Liverpool mula memperagakan bahagian serangan yang tumpul tidak bermaya.

Akibatnya, Leeds sekali lagi memanfaatkan peluang terhidang, kali ini melalui Matuesz Klich yang menanduk masuk hantaran lintang Helder Costa.

Liverpool bagaimanapun bernasib baik kerana penalti membantu mereka tatkala momentum berada di tangan lawan.

Pemain baharu Leeds menjatuhkan Fabinho di kawasan penalti, dan Salah sekali lagi tampil menjadi pakar penalti untuk melengkapkan hatrik pada minit ke-88 perlawanan.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.