[HIGHLIGHT] Champions League Quater Final: Atalanta 1-2 PSG

Paris Saint-Germain (PSG) menyekat kemaraan Atalanta ke separuh akhir UEFA Champions League (UCL) apabila bangkit dari ketinggalan dan menjaringkan dua gol pada babak akhir perlawanan untuk menang 2-1.

PSG dinobatkan selaku juara Ligue 1 selepas Liga Perancis dibatalkan pada April, tidak pernah mara ke perlawanan akhir sebelum ini.

Nasib tersebut seolah0olah akan berterusan apabila Atalanta yang beraksi buat kali pertama di pertandingan elit Eropah ini mendahului 1-0 untuk majoriti tempoh perlawanan.

Skuad kendalian Thomas Tuchel sepatutnya mampu memperolehi pendahuluan dalam perlawanan ini, namun Neymar mempersia-siakan peluang pada ketika hanya berhadapan dengan penjaga gol.

PSG kemudiannya dihukum atas kesilapan Duvan Zapata yang tersilap menghantar bola kepada Mario Pasalic, sebelum pemain itu menewaskan Keylor Navas dari jarak 16 meter.

Babak kedua perlawanan menyaksikan PSG membawa masuk Kylian Mbappe dalam usaha kelab Perancis itu memburu gol penyamaan.

PSG akhirnya berjaya menjaringkan gol yang mereka nanti-nantikan pada minit ke-90 waktu perlawanan sebenar setelah bola terbias pertahanan Atalanta, Mattia Caldara.

PSG melengkapkan kebangkitan luar biasa pada masa kecederaan melalui Eric Maxim Chupo-Moting setelah pemain itu menyempurnakan hantaran Mbappe.

Skuad kendalian Thomas Tuchel kini akan berhadapan sama ada RB Leipzig atau Atletico Madrid di separuh akhir.

RB Leipzig akan berhadapan Atletico Madrid pada awal pagi nanti, manakala Barcelona menentang Bayern Munich pada awal pagi Sabtu waktu Malaysia.

Manchester City pula akan meneruskan pengembaraan mereka di pertandingan elit ini pada pagi Ahad apabila menentang Lyon untuk slot terakhir ke separuh akhir UCL pada musim ini.

 

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.