[Highlight Carabao Cup]: Tewaskan Leicester City 2-0, Skuad Arteta Nanti Cabaran Liverpool

Gol sendiri Christian Fuchs dan bola tolakan Eddie Nketiah memastikan kemenangan Arsenal ke atas Leicester City, sekaligus mewujudkan potensi pertemuan dengan Liverpool di pusingan keempat Piala Carabao.

Tidak banyak yang boleh dilakukan Fuchs untuk mengelak dari gol pertama Arsenal apabila percubaan Nicolas Pepe terbias ke arahnya dan terkena tiang sebelum melantun ke arah gol.

Nketiah melengkapkan kemenangan pada babak akhir perlawanan, menyempurnakan gerakan menarik yang dihasilkan oleh pemain gantian, Hector Bellerin.

Sebelum itu, pemain tengah The Fox, James Maddison menggegarkan palang dalam perlawanan pertamanya pada musim 2020/21.

Arsenal akan beraksi menentang Liverpool di pusingan keempat, dengan syarat juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu menewaskan kelab League Ine, Lincoln pada Khamis nanti.

Kemenangan menentang Leicester adalah rentetan permulaan cemerlang skuad kendalian Mikel Arteta pada musim ini. Setelah memenangi perlawanan Perisai Komuniti, Arsenal turut mencatatkan kemenangan dalam dua perlawanan Premier League yang dilalui setakat ini.

7 pertukaran dilakukan Mikel Arteta berbanding perlawanan lalu, namun ia masih lagi pasukan yang dianggap kuat.

Masih lagi tanpa Mesut Ozil, kali ini kesebelasan utama menampilkan Nicolas Pepe yang beraksi dengan baik dan memainkan peranan besar untuk gol pertama perlawanan ini.

Bukayo Saka pula menampilkan aksi yang baik dan menjelaskan mengapa beliau seharusnya berada di dalam kesebelasan utama, manakala Nketiah pula menunjukkan kemampuan penyudah berkesan miliknya.

 

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.