Henderson Tuduh VAR Berkonspirasi, Edit & Bengkokkan Garisan Buat Gol Jadi Offside

Kapten Liverpool Jordan Henderson berpendapat pegawai VAR telah membengkokkan garisan dan melukisnya semula untuk tidak membenarkan jaringan.

Henderson menjangkakan dirinya telah berjaya menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan menentang Everton. VAR bagaimana pun membatalkan gol tersebut selepas Sadio Mane dianggap berada di kedudukan offside.

Keputusan tersebut menjadi perdebatan di kalangan pengulas BT Sport yang mempersoalkan sama ada ia benar-benar offside.

Selepas perlawanan Henderson turut menuduh VAR mengubah garisan supaya ia kelihatan offside dan mendakwa pernah melihat ia dilakukan sebelum ini.

“Saya berpendapat mereka adakalanya sengaja membengkokkan garisan itu untuk mejadikannya offside. Saya tidak berapa pasti bagaimana mereka melakukannya. Saya pernah melihat – perkara sama – beberapa kali,” kata Henderson.

“Ia amat mengecewakan kami tidak menang. Saya berpendapat prestasi kami baik dan berhak menang perlawanan ini. Saya berpendapat Everton lebih gembira dengan keputusan seri.

Liverpool berpendapat mereka tidak bernasib baik gagal memenangi perlawanan ini apabila Jordan Pickford bernasib baik untuk kekal berada dalam permainan selepas terjahan keras yang dilakukan terhadap Virgil van Dijk.

Richarloson telah dilayangkan kad merah untuk terjahan terhadap Thiago dalam perlawanan derbi Merseyside yang dianggap sengit.

Gol oleh kapten pasukan, Henderson dihasilkan ketika perlawanan memasuki minit kedua masa kecederaan, dan sepatutnya memberikan kelebihan 3-2 kepada Liverpool.

VAR kemudiannya membatalkan gol tersebut setelah Sadio Mane yang melakukan hantaran kepada Henderson didakwa terlebih dahulu berada di posisi offside ketika menerima hantaran Thiago.

Rakaman video yang ditayangkan kepada umum selepas itu memberi bayangan Mane sebenarnya berada di dalam keadaan onside ketika menerima bola dari Thiago.

Teknologi Hawk-Eye yang turut digunapakai di dalam Premier League bagaimanapun membuktikan Mane berada di hadapan Yerry Mina sedikit sahaja.

Selepas perlawanan penganalisis BT Sport yang merupakan bekas pemain Everton, Leon Osman berkata Sadio Mane kelihatan onside di mata beliau.

“Hanya perbezaan beberapa milimeter. Pada pandangan mata kasar saya, ia kelihatan onside,” kata Osman.

Joe Cole pila menambah: “Dalam bola sepak moden, kita menilai perkara ini dan berkata ia bukan offside. Dia [Mane] offside untuk beberapa milimeter. Perkara ini merampas penagkhiran yang baik dalam perlawanan ini dari penyokong Liverpool.”

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.