Hazard Tampil Beri Penjelasan Berkait Insiden Beliau Ketawa Ketika Real Madrid Tersingkir Dari Saingan UCL

Eden Hazard telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua peminat Real Madrid selepas reaksi beliau sedang ketawa dan berpelukkan dengan bekas rakan sepasukannya di Chelsea tular di media sosial.

Tindakan Hazard telah dikritik teruk oleh para peminat yang beranggapan beliau meraikan kejayaan Chelsea dan mentertawakan skuad yang beliau wakili ketika ini, Real Madrid.

Pemain sayap Belgium yang ketika ini sudah berusia 30 tahun itu telah menjadi mangsa kritikan teruk oleh pihak media Sepanyol selepas tersingkirnya Real Madrid dari Champions League musim ini.

Hazard telah diturunkan sebagai kesebelasan utama skuad Los Blancos ketika aksi leg kedua di Stamford Bridge dan beliau merupakan antara pemain Madrid yang paling bekerja keras dalam perlawanan tersebut.

Telah berlaku satu insiden selepas tamat perlawanan yang mana Hazard dilihat ketawa besar sambil memeluk pemain Chelsea.

Bekas bintang The Blues itu sebelum ini sering dikritik dek kerana kurangnya impak yang beliau berikan sepanjang kariernya bersama Real Madrid.

Hazard sejak menyertai Los Blancos pada tahun 2019, beliau lebih kerap diketepikan atas masalah kecederaan berbanding diturunkan untuk bermain.

Reaksi Hazard selepas tamat perlawanan itu juga telah menyebabkan media Sepanyol tidak henti-henti mengaitkan beliau bakal meninggalkan Real Madrid pada musim panas nanti.

Selepas hampir 24 jam berdiam diri dan membiarkan saja dirinya terus dikritik, pemain kebangsaan Belgium itu akhirnya tampil untuk memberi penjelasan dan juga membuat permohonan maaf secara terbuka kepada para penyokong Real Madrid.

Menerusi satu muat naik di Insta Story, Hazard menegaskan bahawa beliau sama sekali tidak berniat untuk menyakiti hati para penyokong Real Madrid.

blank

Bintang Madrid itu menulis kepada 27 juta pengikutnya dengan menyatakan:

“Saya mintak maaf. Saya sudah baca banyak pandangan tentang saya hari ini dan ia bukan niat saya untuk menyinggung perasaan peminat Real Madrid.”

“Ia sudah sememangnya sering menjadi impian saya untuk bermain bersama Real Madrid dan saya datang sini untuk menang.”

“Musim ini belum berakhir dan kita sekarang perlu bersama-sama berjuang untuk memenangi La Liga! Hala Madrid!”

Penyampai TV Sepanyol, Josep Pedrerol, telah mengkritik tindakan Hazard bergurau senda dengan pemain Chelsea dan turut menuduh bintang Belgium itu sengaja mengundang kemarahan peminat.

Bercakap ketika di acara El Chiringuito, beliau menjelaskan:

“Madrid sudah tersingkir, dan tengok lah Hazard.”

“Dua tahun dia buat penyokong Real Madrid bengang dengan dia. Dua tahun dia alami masalah berat badan.”

“Ramai orang kata dia adalah Gareth Bale yang baru. Madrid telah menghabiskan masa yang lama menunggu dia, berunding untuk dapatkan dia, keluarkan £100 juta untuk dapatkan dia.”

“Mereka baru saja disingkirkan, dan adakah patut untuk dia buang masa pergi mencari sesuatu yang lucu untuk ditertawakan?”

“Selepas Zinedine Zidane beri dia kesempatan untuk bermain sedangkan dia belum layak, dia ketawa depan semua orang?”

Gol jaringan Timo Werner dan Mason Mount melengkapkan kemenangan 2-0 Chelsea menewaskan Real Madrid di Stamford Bridge semalam.

Skuad kendalian Thomas Tuchel itu selepas ini akan bertemu Manchester City dalam aksi perlawanan akhir saingan Liga Juara-Juara pada 29 Mei nanti di Istanbul.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.