Ketika tiba di Real Madrid, Eden Hazard dilaporkan memilik lebihan berat badan sekitar 7 kg. Ini benar benar merisaukan Real Madrid.
Hazard kemudian diberikan panduan khas untuk mengurangkan berat badannya. Kerana ia boleh memudaratkan fizikal dan prestasinya.
Walaubagaimanapun, Eden Hazard masih sukar untuk mengurangkan berat badannya supaya kembali ke bentuk unggul.
Masalah Hazard lagi bertambah apabila covid-19 menyerang dunia dan perintah lockdown dikenakan. Di mana kesemua pemain perlu berada di dalam rumah.
Ketika lockdown dan berada di rumah, Eden Hazard mulai kerap ke dapur, lalu memakan apa yang ada di sana terutama sekali roti yang manis.
Hazard akhirnya bertekad untuk mengurangkan tabiat buruknya itu. Kerana ia akan memberikan kemudaratan kepada beliau.
Namun Hazard mengakui ianya cabaran yang sangat sukar kerana beliau sudah ketagih dengan makanan dan minuman yang manis.
Hazard masih dalam tempoh pemulihan. Dan beliau melalui pemulihan tersebut atas usaha sendiri di rumah ketika lockdown.
Jurulatih kecergasan yang membantunya sebelum ini tidak dapat bersamanya. Dan beliau hanya memberikan panduan kepada Hazard menerusi panggilan online.
Hazard mahu memastikan beliau dapat semula bentuk fizikal terbaik dan kecergasan optimum.
Hazard memberitahu RTBF: ‘Ianya perkara sukar untuk saya cuba mengelak daripaa makan terlalu banyak.”
“Saya cuba mengawal diri saya, dengan mengelak untuk pergi ke dapur dengan kerap untuk makan roti.”
Hazards of working from home. Fresh homemade cinnamon buns for breakfast #mbpoli pic.twitter.com/LgIMhSctJn
— Blaine Pedersen (@BlainePedersen) April 9, 2020
“Namun ianya perkara yang tidak semudah disangka.”
Selain daripada itu, Eden Hazard juga sedang berusaha untuk mengembalikan semula kekuatan fizikalnya.
Hazard sedang dalam pemulihan daripada kecederaan buku lali yang membuatkannya terpaksa berehat sekali lagi.
“Saya sekarang bekerja dari rumah dan berhubung dengan fisio secara atas talian. Dia tak boleh dah datang ke sini kerana sedang sakit dan perlu berada di rumahnya.”
Kami dan mulakan sesi khas sejak 10 hari lalu. Dia banyak menghantar video dari rumahnya. Saya sedang berusaha untuk menguatkan kembali buku lali saya.”
Iso has Hazard loving big buns, and he cannot lie 🍞#OptusSport #UCL pic.twitter.com/X6uIa9BHCu
— Optus Sport (@OptusSport) April 12, 2020
Eden Hazard masih berusaha untuk mengembalikan semula prestasi terbaiknya selepas berhijrah dari Chelsea dengan perpindahan sekitar €100 juta (£88 juta) ke Real Madrid.
Sejak menyertai Real Madrid, Hazard masih belum dapat membalas kepercayaan peminat ke atasinya.
Hazard bertekad mahu membuktikan kemampun sebenarnya pada musim hadapan. Ini kerana musim ini baginya sudah tidak bermakna, kerana terlalu banyak kecederaan.
Fokus utama Hazard ketika ini adalah untuk kembali cergas dan kembali semula berlatih secara intensif.
Mampukah Eden Hazard akan kembali ke prestasi terbaiknya selepas ini? Beliau antara pemain elit di Eropah ketika beraksi bersama dengan Chelsea.