Hazard: “Penyokong Real Madrid Penyokong Sebenar, Bukannya Penyokong Chelsea”

Hanya beberapa minggu di Real Madrid, Eden Hazard sudah mengiktiraf bahawa penyokong Real Madrid adalah penyokong bola sepak sebenar, tidak seperti penyokong Chelsea.

Kenyataan itu dibuat, walaupun Hazard setakat ini hanya bermain kurang 30 minit bersama Real Madrid dalam aksi kompetitif musim ini.

Hazard melakuan perpindahan yang menelan kos sekitar £130 juta ke Real Madrid.

Ketika berhijrah ke Real Madrid, para penyokong Chelsea tidak henti-henti mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Eden Hazard.

Namun ia tidak cukup untuk membuatkan Hazard, merasakan penyokong di Real Madrid adalah penyokong yang sebenar berbanding apa yang beliau rasai ketika di England, di mana Hazard bersama dengan hanya 1 kelab England iaitu Chelsea.

Bercakap kepada media sebelum perlawanan menentang PSG dalam saingan UCL, Hazard berkata: “Saya berpendapat, di sini (Real Madrid) adalah penyokong yang sebenar.”

“Di England, tidak ramai penyokong bola sepak. Di sini mereka sangat menyukai bola sepak, semua orang termasuk muda, dewasa, remaja. Mereka semua sangat berminat dengan bola sepak.”

“Namun ketika saya di England, tidak begitu ramai sangat penyokong, dan mereka tidak begitu fanatik ke atas pasukan mereka.”

“Ketika saya di Chelsea, apabila kami kalah, kami semua kecewa seperti penyokong. Namun saya belum pernah merasai perasaan malapetaka.”

“Apabila kamu di Real Madrid, walaupun ini baru tahun pertama, bercakap dengan penyokong di sini, mereka sentiasa mahukan kamu menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.”

“Sebab itu saya rasa, di sini lebih tinggi harapan penyokong kepada kamu untuk menjuarai kejuaraan ini(UCL). Dan itulah juga sebabnya pasukan ini menang lebih banyak UCL berbanding yang lain.”

“Ketika di Chelsea, saya sudah tahu yang impian saya adalah bermain untuk Real Madrid, suatu hari nanti.”

“Tak sangka pula saya bermain di Chelsea selama 7 tahun. Namun akhirnya, semua itu berakhir dengan baik dan saya ada peluang untuk memenagi sesuatu setiap musim. Rasanya, itulah sebabnya saya boleh kekal di sana dengan sangat lama.”

Ramai juga penyokong Chelsea kepanasan dengan kenyataan Hazard. Mereka mengingatkan Hazard betapa kecewanya mereka mendengar penyokong Real Madrid menjeritkan nama Mbappe pada hari pengenalan Hazard.

Ketika itu penyokong Chelsea ramai berperang di media sosial mengutuk penyokong Real Madrid.

Mereka juga menyatakan, Bernabeu antara kawasan terkenal dengan penyokong yang mencemuh pemain sendiri walaupun Cristiano Ronaldo.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.