Shrewsburry bukanlah kelab yang ternama. Malah mereka merupakan pasukan yang bermain di League One. Takuk ketiga dalam Liga England.
Namun mereka berjaya mengikat juara dunia Liverpool 2-2 dalam aksi pusingan ke-4 Piala FA.
Lantas membawa Liverpool untuk perlawanan ulangan di Anfield selepas ini.
Selain daripada Liverpool pasukan ini pernah bermain berhadapan dengan beberapa pasukan EPL yang ternama yang lain termasuk Chelsea.
Paling sadis, ada pemain yang tak tahu pun nak menyebut nama pasukan ini. Hal ini kerana tiada siapa yang benar-benar kisah tentang kehadiran mereka.
Beberapa tahun yang lalu, Eden Hazard pernah memanggil pasukan ini Strawberry di dalam termu ramah penuh keyakinan selepas tamat perlawanan.
Wartawan membetulkan Eden Hazard, namun pemain itu menyatakan, Shrewsburry ataupun Strawberry tu sama sahaja.
Eden Hazard: “Perlawanan menentang Strawberry..”
Wartawan: Shrewsburry
Eden Hazard: “Err, Serusburi, stoberi… sama je.”
Never forget when Eden Hazard called Shrewsbury "strawberry" pic.twitter.com/JyghmGG534
— Sven (@Kr88s_) January 26, 2020
Bukan itu sahaja, malah selepas itu Hazard turut bergurau lagi dengan nama pasukan itu dengan menyatakan beliau akan menyertai pasuka Shrewsburry.
Chelsea Superstar Eden Hazard has told friends and family he wants to leave a Chelsea for Shrewsbury in the summer pic.twitter.com/Al7x0fusRN
— Legitamate Transfers (@LegitTransferss) April 20, 2014
Beberapa tahun selepas gurau senda Hazard itu, Shrewsburry telah berjaya mengikat Juara dunia, Liverpool.
Liverpool turun dalam aksi pusingan keempat Piala FA 2019/20 dengan bertandang ke tempat lawan berhadapan dengan Shrewsbury.
Ramai yang merasakan ini bukan cabaran yang sukar untuk pasukan yang sehebat Liverpool dengan status mereka yang gah di pentas Eropah dan dunia.
Namun selepas tamat perlawanan, Pengurus Shrewsbury, Sam Ricketts menganggap pasukannya sepatutnya memenangi perlawanan FA Cup mereka dengan Liverpool.
Ini selepas kelab Liga Satu / League One itu melakukan kebangkitan luar biasa dan mencipta banyak peluang gol yang terbaik.
Liverpool sudah tersekat di skala pusingan keempat dalam aksi Piala FA sejak 2015 mahu mara lebih awal untuk mengelak perlawanan ulangan dalam jadual musim yang padat.
Mereka kelihatan bakal merobek dan membelasan lawan mereka dengan mudah. Seawal minit ke-15 lagi, pemain berusia 18 tahun, Curtis Jones menjaringkan gol pembukaan.
Two FA Cup games in 2020 for 18-year-old Curtis Jones, two FA Cup goals ✨ pic.twitter.com/esuVot7m1w
— B/R Football (@brfootball) January 26, 2020
Tidak cukup dengan itu, pada separuh masa kedua, Liverpool tidak memerluka shot ke arah gol untuk mendapatkan gol kedua. Cukuplah dengan memberikan bola kepada pemain lawan.
Donald Love yang terlalu teruja bermain berhadapan dengan juara dunia telah tertampan bola ke gawang sendiri.
Namun percaturan Shrewsbury menjadi apabila mereka meamsukkan Jason Cummings. Pemain itu menjaringkan gol pertamanya menerusi sepakan penalti.
Ini selepas Yasser Larouci mengasari Josh Laurent. Cummings dengan mudah menewaskan Adrian yang cemerlang sepanjang malam.
Bekas penyerang Hibernian, kemudian menyamakan kedudukan pada minit ke-75 menerusi satu kawalan bola yang sangat cantik, mengayamkan Dejan Lovren.
Pemain yang digelar CumDog dan memiliki tatu Joker itu ternyata tidak berlawak dalam aksi ini. Membuatkan Liverpool tidak tahu cara untuk mengekang kehebatannya.
Jason Cummings' game by numbers vs. Liverpool:
30 minutes
13 touches
3 shots
2 shots on target
2 goalsSome men just want to watch the world burn. 🃏 pic.twitter.com/x9HYgtoDLV
— Squawka Football (@Squawka) January 26, 2020
Shrewsbury mendapat beberapa peluang lagi peluang gol selepas itu, namun gagal disudahkan.
Jurgen Klopp yang panik dan kepanasan di tepi padang telah menghantar tiga bintangnya masuk ke dalam padang dari bangku simpanan.
Alex Oxlade Chamberlain, Mohamed Salah dan Roberto Firmino dimasukkan. Namun mereka bertiga tetap gagal untuk membantu Liverpool mara lebih awal.
Shrewsbury berjaya mengheret pertarungan ini ke Anfield untuk aksi ulangan. Kejayaan itu diraikan oleh penyokong mereka yang masuk ke dalam padang. Terlalu gembira dapat mengikat juara dunia dan kemudian boleh memberikan wang besar kepada kelab.
FT: Shrewsbury 2 #LFC 2. The nightmare result for Klopp. A replay at Anfield. The Reds only have themselves to blame after a wretched second-half display. Cummings’ double leading the hosts’ fightback. Youngsters can hold their heads high after that, senior players not so much. pic.twitter.com/rap4Prk78e
— James Pearce (@JamesPearceLFC) January 26, 2020
Ianya akan kekal dalam lipatan sejarah kelab mereka. Dan selepas ini misi Shrewsbury adalah untuk cuba melakukan kejutan di Anfield.
Kesebelasan utama Liverpool: Adrian, Williams, Matip, Lovren, Larouci, Fabinho, Chirivella, Jones, Minamino, Elliott, Origi.
Subs: Kelleher, Keita, Firmino, Salah, Oxlade-Chamberlain, Hoever, Alexander-Arnold.
Kesebelasan utama Shrewsbury: O’Leary; Williams, Golbourne, Pierre; Love, Norburn, Goss, Whalley, Ebanks-Landell; Laurent, Lang,
Substitutes: Murphy, Edwards, Beckles, Walker, Udoh, Cummings, Hart