Hawkins Kecewa Dengan Penghormatan Terakhir Dari WWE Kepada Luke Harper

WWE kini sedang berkabung selepas pemergian penggusti mereka Jon Huber atau lebih dikenali sebagai Luke Harper, selepas penggusti berusia 41 tahun itu meninggal dunia petang ahad lalu.

Isteri kepada mendiang, Amanda melalui detik sukar ketika mahu mengesahkan berita kematian suami kesayangan beliau itu, menerusi laman instagram miliknya.

Beliau mendedahkan bahawa suaminya mengalami masalah dengan paru-paru dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir kerana penyakit itu.

AEW turut memberikan penghormatan terakhir kepada Huber dengan menyatakan bahawa mendiang merupakan seorang guru dan mempunyai bakat yang menggerunkan, tetapi memiliki hati yang murni.

Baru-baru ini Huber lebih banyak beraksi sebagai Brodie Lee di bawah syarikat AEW dan beliau turut digelar “The Exalted One” di sana.

AEW mengeluarkan kenyataan tersebut dan menyatakan bahawa situasi yang mereka alami sangat menduka citakan.

Ketua pegawai jenama AEW, Brandi Rhodes turut memberikan penghormatan terakhir kepada Huber dengan menyatakan:

“Saya sayang dan rindukan kamu Jon. Terima kasih untuk segalanya yang telah kamu lakukan kepada saya dan keluarga saya. Kami semua sangat menyayangi kamu. Kamu seorang lelaki yang hebat. Ia satu penghargaan dan penghormatan untuk saya dapat kenal dan bekerja bersama kamu.”

“Keluarga kamu sekarang adalah keluarga kami. Kami akan sentiasa menjaga mereka. Berehatlah kawan. Saya berduka.”

Ketika masing-masing meluahkan rasa sedih dan berdua atas pemergian mendiang, rakan sekerjanya, Chris Jericho turut memuat naik kenyataan dan kenangan indah mereka berdua dengan menyatakan:

“Hari Sabtu, kamu tahu apa maksudnya… Belakang pentas di Mexico pada tahun 2015. Brodie sangat kecewa kerana dia tidak dapat t-shirt merchandise dia sendiri, jadi salah seorang sahabat ada menyimpan t-shirt tersebut dan kami semua memakainya hari ini sebagai penghormatan kepada dia, kerana semua orang sayangkan dia. Dia seorang yang sangat hebat.”

Ahli dewan kemasyuran WWE, Edge dan anak kepada pemilik syarikat gusti terbesar itu, Stephanie McMahon turut memuat naik status memberi penghormatan terakhir kepada rakan sekerjanya itu.

Adam Copeland (Edge) menyatakan:

“Ini sangat menduka citakan. Jon seorang yang sayang hebat. Seorang yang hebat, kelakar, sangat berbakat, tenang, contoh ketua keluarga yang baik. Kesemua rasa kasih sayang, pemikiran dan kehangatan untuk keluarganya.”

McMahon kemudian menyatakan:

“Tidur lah dengan tenang, simpati atas kehilangan Jon Huber. Kami berkongsi kasih kepada anak-anak kami. Dia seorang ketua keluarga yang hebat. #RIPBrodieLee”

Brian Myers atau lebih dikenali sebagai Curtis Hawkins berkongsi rasa sedih yang beliau alami atas pemergian Hubers dengan memuat naik status di laman twitter miliknya.

Muat naik itu jelas membuktikan bahawa Curtis Hawkins merasakan mendiang tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya diterima olehnya dari WWE.

Ramai yang bersetuju dengan pandangan dari Curtis dan ada juga yang tidak, masing-masing mempunyai pandangan berbeza.

Yang bersetuju mungkin merasakan WWE harus memberikan penghormatan terakhir dengan lebih baik kerana mendiang seorang yang disayangi ramai dan bekas penggusti syarikat.

Mendiang pernah membanting tulang membahayakan nyawa atas gelanggang WWE untuk menghiburkan para peminat, namun pemergian beliau tidak dihargai dengan cara yang sepatutnya.

Namun begitu, bagi yang tidak bersetuju pula, mereka ada alasan tersendiri dengan memikirkan Luke Harper kini sudah beraksi bersama jenama seteru dan jelas WWE mempunyai peperangan perniagaan dengan AEW.

Mendiang turut mempunyai masalah dengan WWE ketika awal mula beliau menjejak kaki ke arena AEW sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawasanya mendiang merupakan bakat hebat yang pernah dimiliki oleh WWE dan syarikat sendiri mengakui hal tersebut.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.