Harry Redknapp Dakwa Liverpool Seharusnya Miliki Bintang United Ini

Harry Redknapp percaya bahawa Liverpool telah membuat kesilapan besar selepas tidak menandatangani penjaga gol Manchester United, Sergio Romero sebagai penjaga gol kedua kelab.

Hal ini kerana melihatkan kepada aksi buruk yang dipamerkan oleh Adrian dalam beberapa perlawanan terakhir ini termasuk ketika bertemu Villa kemarin.

Adrian disenaraikan dalam kesebelasan utama menggantikan Alisson yang mengalami kecederaan dan beliau bolos tujuh gol dalam kekalahan 7-2 Liverpool kepada Aston Villa.

Jurgen Klopp berhasrat untuk mencari penjaga gol yang baru sebagai pengganti untuk penjaga gol utama Liverpool yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

Alisson Becker dilaporkan akan berehat sekitar empat hingga enam minggu dan Liverpool harus mencari penjaga gol pengganti secepat mungkin.

Namun sayangnya, pengurus dari Jerman itu gagal untuk membawa sesiapa ke Anfield pada hari terakhir jendela perpindahan ditutup.

Menurut Harry Redknapp, Liverpool sebenarnya terlepas pandang seorang penjaga gol handalan yang sepatutnya mereka miliki.

Bercakap kepada Sky Sports News, Redknapp menjelaskan:

“Kamu pasti menyangka bahawa Sergio Romero mungkin akan menyertai Liverpool.”

“Liverpool perlukan penjaga gol. Mereka memerlukan penjaga gol lebih dari Everton.”

“Sekiranya Alisson direhatkan seketika, ianya bakal menjadi masalah besar untuk Liverpool.”

“Mereka seharusnya perlu untuk memastikan bahawa mereka mempunyai penjaga gol simpanan yang cukup bagus, ini kerana bunyinya seperti Alisson mungkin akan berehat lebih lama dari yang dijangkakan.”

Pendahulu saingan liga ketika ini juga dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani Romero, namun Everton dilaporkan dengan tiba-tiba membuat perjanjian pinjaman dengan AS Roma untuk Robin Olsen.

Liverpool akan berhadapan dengan seteru sebandar mereka, Everton sekembalinya saingan bola sepak selepas rehat untuk perlawanan antarabangsa.

Kemungkinan besar the reds akan menggunakan Adrian sebagai penjaga gol utama mereka dalam perlawanan tersebut, dan ianya amat membimbangkan para peminat.

Bahkan penjaga gol dari Sepanyol itu akan mendapat minit permainan yang lebih banyak lagi memandangkan Allison bakal berehat selama enam minggu menurut pengurus the reds.

“Kami tidak tahu sebetulnya tentang keadaan dia. Ia mungkin akan jadi lebih teruk dari yang dijangkakan, itu pasti.”

Jelas Klopp.

“Kami mungkin akan bernasib baik tetapi Alisson tidak mungkin mampu untuk beraksi ketika bertemu Everton.”

“Saya tidak mahu meletakkan jangka waktu yang pasti untuk itu. Tapi empat minggu itu mungkin. Enam minggu ada kebarang kalian.”

“Tapi saya tidak tahu, kami akan terus memantau perkembangan dia dan begitu lah seadanya.”.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.