Harry Maguire Diayamkan Wijnaldum Ditularkan Penyokong United Sendiri

Harry Maguire merupakan pemain pertahanan tengah termahal di dunia. Pasti ada sebabnya Manchester United membayar mahal sehingga £80 juta untuk seorang bek tengah.

Pemain yang berasal dari England itu juga menikmati minggu indah apabila diumumkan sebagai ketua pasukan Manchester United yang baharu.

Perkara itu diumumkan sebaik sahaja Ashley Young dijual ke Inter Milan.

Ole melihat kualiti seorang pemipin yang ada pada Harry Maguire. Beliau telah menjadi pemain yang berjaya memimpin sekumpulan pemain muda di Manchester United.

Ia ibarat impian menjadi kenyataan untuk beliau serta peminat Manchester United di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi beliau pernah menyatakan, bermain untuk Man United merupakan impian beliau sejak kecil.

Namun kehebatan Maguire semalam agak tercabar. Pasukan yang diketuainya itu, Manchester United, telah tewas di tangan musuh tradisi, Liverpool.

Liverpool menang 2-0 dalam aksi yang berlangsung di Anfield. Gol Liverpool adalah hasil tandukan Virgil Van Dijk dan juga serangan kilat yang disudahkan oleh Mohamed Salah.

Wijnaldum meng-ole Maguire

Lebih perit apabila ada penyokong Manchester United sendiri telah menularkan satu aksi di mana Maguire diayamkan dengan nutmeg oleh Gini Wijnaldum.

Insiden tersebut berlaku pada separuh masa kedua, di mana, Harry Maguire meluru ke arah Gini Wijnaldum.

Pemain kebangsaaan Belanda itu dengan liciknya telah menolak bola melepasi celah kangkang Harry Maguire.

Scoutinho – Old Trafford Corner.Com yang menggunakan wajah Bruno Fernandes, bakal pemain Man United, berkata:

“Pemain pertahanan paling mahal di dunia – Harry Maguire – diperlakukan sebegini, seolah olah masih budak 8 tahun yang belajar cara untuk press.”

“Sementara itu, Van Dijk sangat kental, vokal, kuat, membina serangan daripada belakang, memenangi tandukan.”

“Sukar untuk ditelan, namun MUFC tidak seharusnya pernah membayar £80 juta untuk beliau, pada pandangan saya.”

Maguire kelihatan terlalu mudah diperkotak – katikkan oleh pemain lawan, sehingga beliau mati langkah di tengah padang.

Wijnaldum pastinya bangga dapat menutmeg pemain bek tengah termahal di dunia dalam generasi beliau pada ketika ini.

£80 Berbaloi?

Sebelum ini sudah ada penyokong yang merasakan adalah tidak adil untuk menyatakan Maguire memang berharga £80 juta hanya kerana satu perlawanan berhadapan dengan Chelsea pada aksi pembukaan.

Brown Cakap Berbaloi

Hal itu disangkal oleh West Brown. Di mana bekas bek tengan Setan Merah itu menyatakan bahawa, Maguire adalah pembelian harga ‘curi’ daripada Leicester.

Brown merasakan Leicester yang menyesal menjual Maguire terlalu murah iaitu £80 juta sahaja. Sedangkan pemain itu pada mata Brown, adalah jauh lebih mahal.

Harry Maguire menyertai Man United dengan rekod sebagai pertahanan tengah paling mahal di dunia ketika ini.

Tetapi, menurut West Brown, Leicester pastinya merasa kerugian besar kerana menjual pemain itu dengan harga yang terlalu murah berbanding dengan kualiti kelas dunia ditunjukkan oleh Harry Maguire.

Wes Brown menyatakan bahawa Harry Maguire adalah pemain yang sepatutnya berharga lebih daripada £80 juta berdasarkan pasaran pada hari ini.

Jadi, kebijaksanaan Manchester United dalam rundingan membuatkan mereka berjaya mendapatkan harga lelong pada £80 juta.

Wes Brown menghabiskan masa selama 15 tahun di Old Trafford sebagai salah seorang pemain dan kerap dipuji oleh Sir Alex Ferguson sebagai profesional sejati.

Wes Brow bekas pemain pertahanan England pada satu ketika dahulu. Beliau menjulang 5 kejuaraan EPL dan 2 UCL sepanjang di Manchester United.

Jadi tak perlu nak perkenalkan lagi siapakah beliau kepada peminat Man United dan bola sepak dunia.

Brown bercakap kepada Sky Sports, beliau yakin Harry Maguire ada segala ciri-ciri yang diperlukan untuk membantu memacu United ke puncak kegemilangannya sekali lagi.

Wes Brown berkata: “Saya fikir harga £80 juta untuk Harry Maguire kelihatan agak murah pada masa kini.”

“Saya juga berpendapat beliau telah memberikan ketenangan kepada seluruh pertahanan Manchester United.”

Dari segi umur, Wes Brown menganggap Harry Maguire masih muda dan beliau sudah menunjukkan kematangan di dalam permainannya.

Maguire juga seorang bek tengah yang sangat tenang dan kental.

Brown menambah lagi: “Seterusnya, Harry Maguire masih agak muda, tetapi beliau sudah ada banyak pengalaman. Beliau mempunyai kesedaran (awareness) yang tinggi dan beliau seorang pertahanan yang sangat baik dari segi kedudukannya di atas padang.”

“Terdapat beberapa situasi di mana pemain lain tidak menyedari kehadiran beliau, tetapi itu hanya melakukan tugasnya. Dia memenangi pertarungan tandukan bola di udara dan melorongkan bola kepada rakannya.”

“Beliau menjadikan pertahanan Manchester United lebih kompak dan kental apabila beliau berada di pertahanan.”

Wes Brown percaya Manchester United sudah berjaya membentuk gandingan bek tengah terbaik pada ketika ini. Berbeza dengan beberapa pasukan lain yang mengambil masa agak lama untuk mencari gandingan semantap Maguire-Lindelof.

“Harry Maguire memberikan anda satu bahawa: Kita mampu melakukannya. Dan beliau benar benar mampu memberikan aura itu.”

“Misalnya ketika beliau bermain dengan Lindelof. Kedua – dua mereka adalah pasangan bek tengah yang saling melengkapi di antara satu sama lain.”

“Kadang-kadang ia memerlukan sedikit masa untuk membentuk gandingan pemain yang sesuai bergandingan. Namu, kedua-dua mereka kini telah membentuk gandingan yang sangat baik.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.