Harry Kane Menamakan Pertahanan Terhebat Pernah Beliau Hadapi

Legenda Chelsea, dua bintang Real Madrid dan seorang pemain paling bersinar sepanjang zaman dari Brazil menjadi pilihan Harry Kane sebagai empat pertahanan terhebat pernah beliau temui.

Dalam satu sesi temu bual khas bersama SPORTbible, pemain No.10 Tottenham Hotspur itu tidak ragu-ragu untuk menamakan bekas ketua pasukan England sebagai pertahanan paling luar biasa pernah beliau hadapi.

“John Terry,”

Jawab Kane dengan penuh kesopanan.

“Saya sudah beraksi bertemunya untuk tempoh beberapa tahun lalu dan dia sememangnya seorang pertahanan yang sungguh bijak. Kedudukannya yang sentiasa betul, menggunakan tubuhnya dengan baik dan sentiasa menghalang anda untuk membuat hantaran lintang.”

Terry bukanlah seorang pemain pertahanan yang memiliki kepantasan, tetapi seperti yang Kane nyatakan, beliau mampu membaca perlawanan dengan baik dan itu yang menjadi masalah besar kepada lawannya.

Walau bagaimanapun, pertahanan seterusnya yang menjadi pilihan Kane merupakan pertahanan yang mampu untuk melakukan segalanya.

“Sergio Ramos, dia sangat bagus, pemain yang sempurna.”

Jelas Kane kepada SPORTbible.

“Saya juga pernah nyatakan hal yang sama tentang Giorgio Chiellini sebelum ini, saya bertemu Chiellini yang bermain untuk Itali dan Juventus. Tetapi untuk masa sekarang saya fikir Virgil Van Dijk lebih bagus, dia antara pertahanan terbaik dunia ketika ini.”

Empat pemain central defenders yang sungguh mantap dan sungguh mengagumkan. Beliau memilih untuk meletakkan Chiellini dan Van Dijk sebagai pilihan keduanya.

Terry dan Ramos pula menjadi pilihan utama Kane sebagai pemain centre back untuk empat pertahanan terhebat pernah beliau temui.

Penyerang pasukan Tottenham itu sebelum ini sudah beberapa kali bertemu Ramos dalam saingan liga Juara-juara.

Namun Ramos bukanlah satu-satunya pemain Real Madrid yang menjadi pilihan Harry Kane. Ketika ditanya tentang full-back terbaik pernah beliau hadapi, beliau menjawab:

“Marcelo dari Real Madrid. Pemain pertahanan kiri yang sungguh menakjubkan. Kualitinya ketika bersama bola sungguh mengagumkan. Sangat, sangat istimewa.”

“Pertahanan kanan? Saya pernah bertemu Dani Alves ketika dalam satu perlawanan pra musim dan dia sangat bagus seperti apa yang kamu gambarkan. Pencapaian beliau juga boleh dikatakan antara yang terbaik dikalangan terbaik.”

“Saya sebenarnya tidak terlalu banyak terlibat dengan full-back, kerana saya jarang untuk bermain di posisi sayap, tetapi semua orang pon tahu dan nampak kualiti yang dua pemain ini miliki. Saya sangat yakin.”

“Jadi sebenarnya ramai lagi pertahanan yang sukar, tetapi ianya bagus untuk saya kerana dapat beraksi bersama yang terbaik dan memperbaiki kelemahan saya dari situ.”

Begitulah sikap dan pemikiran dari seorang pemain berusia 27 tahun yang sudah memenangi dua kasut emas dalam pentas premier league dan pemenang kasut emas Piala Dunia yang lalu.

Beliau gembira dapat bertemu lawan yang sukar untuk kebaikkan prestasinya sendiri dan sikap begini seharusnya ada pada semua penyerang yang lain.

Bayangkan kalau seorang penyerang bertemu dengan barisan pertahanan seperti Alves, Terry, Ramos, Chiellini, Van Dijk dan Marcelo, ada kemungkinan beliau akan bersara dengan serta merta.

Harry Kane merupakan seorang ambassador untuk produk Coca-Cola dan bintang dalam program ‘Make Your Home the Home End’.

Yang mana program tersebut akan membuka peluang untuk para peminat memenangi jersi premier league terbaru dengan pek khas dari Coca-Cola.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.