Hanya Tiga Bintang Barca Yang Menerima Cadangan Pemotongan Gaji Kali Kedua Dan Selebihnya Menolak

Kesemua pemain Barcelona kecuali tiga pemain dilaporkan bersetuju untuk menandatangani Burofax bagi menentang cadangan pemotongan gaji pemain.

Tiga pemain tersebut menolak untuk menandatangani Burofax dan bersetuju untuk gaji mereka dipotong dengan niat mahu membantu kelab yang sedang mengalami masalah ekonomi ekoran dari krisis Koronavirus.

Pada bulan Mac lalu, para pemain Barca telah bersetuju dengan pemotongan gaji ketika awal-awal dunia di serang oleh wabak pandemik itu.

Ketika itu juga bola sepak di Sepanyol terpaksa dihentikan dan kesemua sukan utama dunia juga digantung beberapa bulan dan ada yang telah dibatalkan.

Pihak kelab sepertinya masih lagi tidak mampu untuk mengukuhkan kedudukan ekonomi kelab dan masih lagi mempunyai masalah kekurangan dana.

Hal tersebut menyebabkan Barcelona mahu melaksanakan pemotongan gaji para pemain sekali lagi atau setidaknya mereka mahu menyusun semula kadar bayaran gaji pemain dengan membayar secara ansuran.

Para pemain jelas menentang cadangan tersebut dan telah bersepakat menandatangani Burofax yang menyatakan bahawa mereka tidak akan bersetuju dengan cadangan kelab itu.

Namun, terdapat tiga orang pemain dari kalangan semua bintang Barcelona yang membuat keputusan bertentangan dan memilih untuk menyokong tindakan kelab.

Menurut laporan dari Radio Catalunya, penjaga gol utama kelab, Marc Andre ter Stegen, Frenkie de Jong dan Clement Lenglet adalah tiga pemain yang menolak untuk menandatangani Burofax.

Para pemain dilaporkan begitu marah kerana tidak dimaklumkan lebih awal tentang pemotongan gaji tersebut dan tindakan kelab boleh menimbulkan ketidak senangan dalam kalangan para pemain dan mungkin akan kehilangan ramai pemain Januari nanti.

Namun sesuai dengan akta pekerjaan di Sepanyol, para pemain boleh memilih untuk membatalkan kontrak mereka seandainya gaji yang mereka terima dipotong.

Kelab sememangnya sudah bersedia untuk kehilangan Lionel Messi pada musim panas akan datang dengan kontrak bintang Argentina itu akan tamat pada penghujung musim ini.

Messi sebenarnya mahu menamatkan kontraknya lebih awal, namun kerana beberapa isu, beliau telah bersetuju untuk kekal semusim lagi dan kontraknya bakal tamat penghujung musim nanti.

Bayaran gaji menyumbang 70% dari pada perbelanjaan tahunan kelab dan dengan kekurangan kemasukan ekoran dari penularan wabak, pemotongan gaji adalah langkah terbaik untuk menyelamatkan ekonomi kelab.

Penjualan pemain seniur seperti Luis Suarez, Ivan Rakitic, Arthur, Arturo Vidal, Rafinha dan Nelson Semedo kesemuanya telah dijual pada musim panas yang lalu juga kerana kelab memerlukan dana.

Penjualan Suarez, Rakitic dan Vidal merupakan antara kejayaan terbesar kelab dalam usaha mereka mahu menyelamatkan kedudukan ekonomi.

Menurut laporan dari perunding ekonomi kelab, Barcelona berjaya menyelamatkan £47 juta hasil dari penjualan tiga pemain itu.

Masalah ekonomi menjadi punca mengapa Barca tidak membuat apa-apa penandatanganan pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Gergasi Catalan itu terlepas peluang untuk menandatangani sasaran utama mereka, Lautaro Martinez, Georginio Wijnaldum, Memphis Depay dan Eric Garcia.

Baru-baru ini skuad kendalian Ronald Koeman telah tewas buat pertama kalinya kepada Getafe 1-0 dengan seteru utama mereka, Real Madrid juga tewas kepada Cadiz di hari yang sama.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.