Hanya Mengambil 2 Perlawanan Untuk Maguire (Pertahanan Termahal Dunia) Dilepasi Pemain Lawan

Harry Maguire merupakan bek tengah paling mahal dalam sejarah ketamadunan manusia dalam bidang bola sepak.

Pemain kebangsaan England ini turut digelar Colossus oleh penyokong Manchester United, gelaran yang sama diberikan oleh penyokong Liverpool kepada Virgil Van Dijk.

Maguire turut menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan pertama berhadapan dengan Chelsea. Sekaligus membuatkan tanda harga £80 juta nampak sangat berbaloi.

Walaubagaimanapun, Maguire telah dilepasi (dribbled past) oleh pemain lawan hanya dalam perlawanan kedua. Ini selepas beliau digelecek oleh Raul Jimenez. Perkara itu disahkan oleh statistik opta.

blank

Penyerang kebangsaan Mexico itu dengan berani cuba menewaskan bek tengah termahal dunia itu dengan larian solo beliau. Dalam keadaa 1 lawan 1 dengan Maguire, Raul Jimenez dengan mudah melepasi pertahanan tersebut.

Maguire cuba melakukan bentessan tetapi ia juga tidak berjaya dan Jimenez pergi meninggalkan beliau dalam pertarungan duel tersebut.

Perkara ini menjadi perhatian ramai pihak. Ini kerana Virgil Van Dijk, yang dibandingkan dengan Maguire, masih belum dilepasi oleh mana-mana pemain dalam aksi kompetitif.

Ketika Perisai Komuniti, Van Dijk ditewaskan oleh Gabriel Jesus, namun pihak FA mengesahkan perlawanan itu hanyalah aksi pra musim, jadi ia tidak dikira.

Setakat ini, bekas pemain termahal dunia (yang kemudiannya rekod itu dipecahkan oleh Harry Maguire), Virgil Van Dijk sudah melalui 65 perlawanan tanpa dilepasi mana-mana pemain.

Walaupun beliau dilepasi oleh Raul Jimenez, secara keseluruhannya, Maguire beraksi cemerlang. Namun begitu, agak sayang Manchester United gagal untuk menang aksi tersebut.

Wolves mengikat United 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.