Hanya Lima Pemain Memenangi Anugerah POTM Lebih Dari Bruno Fernandes

Bruno Fernandes berjaya memenangi anugerah Premier League Player of the Month sebanyak empat kali dalam tempoh kurang dari setahun.

Ini bermaksud hanya ada lima pemain sahaja yang pernah memenangi anugerah tersebut lebih dari beliau dalam sejarah premier league.

Fernandes berjaya memberi impak positif kepada Manchester United sejak ketibaannya pada Januari lalu dan beliau menikmati sekali lagi bulan yang cemerlang pada Disember lalu.

Bintang Portugal itu dengan segera menjadi salah seorang pemain dan bakat terhebat dalam kancah saingan Premier League dan duduk sebaris dengan nama-nama legenda yang lain.

Namun, masih ada lima pemain yang belum mampu di atasi oleh Fernandes dari segi kutipan anugerah pemain terbaik bulanan premier league.

5. Wayne Rooney (Manchester United) โ€“ Lima kali

4. Robin van Persie (Arsenal & Manchester United โ€“ Lima kali

3. Harry Kane (Tottenham Hotspur) โ€“ Enam kali

2. Steven Gerrard (Liverpool) โ€“ Enam kali

1. Sergio Aguero (Manchester City) โ€“ Tujuh kali

Fernandes juga sudah berjaya menyamai rekod milik rakan sepasukannya di Portugal dan bekas pemain sayap Manchester United dengan memenangi empat anugerah tersebut.

Musim ini, beliau membantu United untuk berada di puncak saingan liga dengan menjaringkan 11 gol dan mencatatkan tujuh assists.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kini berada tiga mata di hadapan lawan yang bakal mereka hadapi hujung minggu ini, Liverpool.

Pengurus The Reds sendiri turut memuji kehebatan dan kemampuan Fernandes dalam satu temu bualnya.

Bercakap dalam sidang media sebelum perlawanan, beliau menjelaskan kepada laman rasmi kelab:

โ€œDia merupakan pemain yang luar biasa.โ€

โ€œKami pernah beraksi bertemu beliau sebelum beliau sertai United, kami bermain bertemu Sporting di USA dalam jelajah ketika pra musim.โ€

โ€œDalam perlawanan itu, kamu sudah boleh nampak โ€˜wowโ€™, semua orang perasan dia. Tapi pertama kali pasukan saya bertemu pasukan yang dia wakili, kamu boleh lihat dia seorang pemain yang berbeza.โ€

โ€œItu lah apa yang dia tunjukkan sekarang. Dia menyelesaikan, dia seorang pemain yang sangat berpengaruh bersama United. Saya tahu ramai orang bercakap tentang penglibatan dalam jaringan dia, yang mana benda itu penting. Tapi dia juga penghubung kepada pelbagai lagi situasi lain.โ€

โ€œSaya tidak begitu kenal dia tapi dia dilihat sebagai seorang ketua yang bagus. Salah satu penandatanganan yang sangat bagus. Sayangnya ia untuk United.โ€

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.