Hanya Kerana 1 Penipuan Memalukan, Kehebatan Atlet Ini Tidak Dikenang

Leo Maestro 2 tahun yang lalu

Menjadi juara Olimpik adalah impian semua atlet di dunia ini. Namun ada di antara mereka yang sanggup menipu untuk mendapatkan pingat tersebut. Itulah yang dilakukan oleh atlet bernama Boris Onischenko.

Dan kerana 1 penipuan itu, kehebatan beliau sepanjang karier telah tenggelam. Onischenko merupakan salah seorang atlet yang paling popular pada era 1970-an.

Beliau dianggap pemedang yang bertaraf dunia dengan 5 kejuaraan dunia di dalam koleksi kejuaraan beliau. Ia menjadikan beliau sebagai salah sorang atlet dan juga selebriti di Eropah.

Namun apa yang beliau lakukan pada 1976, di Olimpik Montreal telah menjatuhkan imej dan reputasi beliau.

Skandal Magic Epee

Beliau hadir ke Montreal sebagai epserta pilihan dengan status penyandang pingat emas dari Olimpik Munich 1972. Ketika kejohanan di Montreal, Onischenko sudah pun berusia 38 tahun dan beliau sangat mahukan emas untuk mengakhiri karier beliau di Olimpik.

Apa yang berlaku beliau telah mengubahsuai pedang yang beliau gunakan untuk membolehkan beliau dengan mudah mendapat mata. Ia adalah satu ‘hack’ kepada sistem ketika itu.

Ketika pertarungan bertemu dengan atlet Great Britain dalam acara penthalon, jurulatih Great Britain mendapati ada seuatu yang tidak kena.

Beliau mendapati Onischenko terlalu mudah mendapat mata dalam beberapa aksi yang pedang beliau tidak terkena kepada pemedang mereka.

Pihak penganjur telah melakukan siasatan dan mendapati tiada masalah pada pedang Onischenko. Selepas disahkan tiada masalah, Onischenko merasakan dirinya sudah selamat dan menggunakan pedang yang mereka gelar pedang ajaib (magic epee) itu sekali lagi.

Lalu, dalam perlawanan Onischenko menentangJim Fox, kali ini juri memerhatikan lebih teliti apa yang berlaku. Dan ada satu ketika Onischenko menyearng Fox, tetapi serangan beliau berjaya dielakkan oleh Fox.

Apa yang berlaku, papan skor menunjukkan Onischenko mendapat mata. Lalu keadaan menjadi tegang dan pihak penganjur telah mengambil pedang yang digunakan oleh Onischenko.

Mereka akhirnya mendapati peang itu ada dipasang satu wayar khas yang memboleh Onischenko menang. Ada satu butang yang ditekan untuk mendapatkan mata.

Onischenko boleh mendapatkan mata seberapa banyak yang beliau mahukan. Selepas terbongkarnya penipuan itu, Great Britain diberikan kemenangan dan pingat. Pasukan Soviet telah dibatalkan penyertaan daripada acara lawan pedang.

Ruginya mereka kerana Onischenko seorang, atlet lain turut dibatalkan. Pasukan Soviet dianggap pasukan pilihan dalam kejohanan itu dan mereka adalah kuasa besar dalam sukan lawan pedang.

Ketiadaan mereka membuka persaingan terbuka kepada pasukan lain. Akhbar di seluruh dunia membuat liputan tentang penipuan beliau.

Ada yang menulis “Disonischenko” (dishonest-chenko) ataupun “Onischenko Penipu”

Karier Onischenko berakhir dengan penuh aib. Ramai mulai tidak menghormati dan mempertikaikan kemenangan beliau sebelum ini.

Media di Soviet hairan dengan apa yang dilakukan Onischenko. Beliau masih lagi peserta yang hebat dalam usia 38 tahun dan tidak perlu menipu untuk menang. Beliau masih ada potensi yang sangat besar untuk menang.

Namun Onischenko dikaburi oleh sifat ego yang mahu memastikan emas adalah milih beliau.


SHARE ()