Liverpool menang 2-1 ke atas Brighton dalam aksi yang penuh cemas dan saspen di Anfield.
Liverpool turun dalam aksi ke-14 liga selepas pencabar kejuaraan Manchester City keciciran mata di tangan Newcastle.
Liverpool bermula garang dengan mendahului 2 gol. Kedua-dua gol adalah menerusi tandukan Virgil Van Dijk.
Liverpool menekan lawan dengan penguasaan bola yang sangat baik.
Gol pertama hadir pada minit ke-18 menerusi sepakan percuma Trent Alexander Arnold yang disambar oleh Virgil Van Dijk.
6 minit kemudian Van Dijk menyambar hantara Trent Alexander Arnold sekali lagi. Namun kali ini daripada sepakan penjuru.
Trent Alexander Arnold terus membuktikan keupayaan beliau sebagai pencipta gol utama skuad Liverpool.
🅰️ Trent Alexander-Arnold, with assists for both @LFC goals v Brighton, has more PL assists than any other player in 2019:
1️⃣4️⃣ T. Alexander-Arnold
1️⃣3️⃣ A. Robertson
1️⃣1️⃣ D. Silva
1️⃣1️⃣ K. De Bruyne pic.twitter.com/BNsEmhgQy0— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) November 30, 2019
Liverpool memiliki beberapa lagi peluang gol namun tidak dapat disempurnakan. Ia menyebabkan mereka tidak dapat membunuh perlawanan lebih awal walaupun ada peluang berbuat demikian.
Liverpool kemudian mendapat tentangan sengit daripada pasukan lawan. Brighton ternyata memberikan masalah kepada Liverpool.
Brighton ternyata hadir ke Anfield dengan taktikal terbuka dan tidak parking bas seperti yang dijangka.
Pada minit ke-76, penjaga gol terbaik dunia, Alisson dilayangkan kad merah kerana menampan bola yang menuju ke arah gol dengan tangan di luar kotak penalti.
Jurgen Klopp memasukkan Adrian. Dan tidak lama berada di padang, Adrian melakukan kesilapan kelakar yang akan diingati.
Adrian hanya mengambil masa 46 saat untuk dibolosi oleh lawan dengan cara yang sukar diterima.
Beliau sibuk membetulkan bentengnya, walaupun pengadil sudah meniup wisel.
Lewis Dunk dengan licik merembat bola pantas ke arah kanan Adrian yang tak sempat untuk berbuat apa-apa.
Adrian membantah gol itu tetapi pengadil memberikan gol itu kepada Brighton yang dikatakan sah.
https://twitter.com/i/status/1200817609786028032
Pemain-pemain Liverpool tidak seorang pun cuba menghalang Lewis Dunk daripada melakukan sepakan percuma pantas.
Adrian pula masih sibuk dengan membetulkan bentengnya. Pengadil meniup wisel dan Lewis Dunk tidak berlengah untuk melakukan rembatan.
Anyone complaining about Dunk taking that FK before Liverpool were ‘ready’:
1. The whistle blew, wake up lads.
2. Why is Adrian stopping to watching the ball go in rather than just booting it away?
Can’t see a Liverpool CS coming while he’s in goal
— Migtavius 🦅🇨🇽 (@Migtavius) November 30, 2019
Adrian kemudian hampir melakukan kesilapan lagi, dengan terlepas bola daripada dakapan. Tetapi bingkas menyelamatkannya. Jika tidak sudah pastinya Liverpool keciciran 2 mata dalam perlawanan ini.
https://twitter.com/i/status/1200818768622084096
Bermain 10 orang pada baki 15 minit perlawanan tidak menghalang Liverpool untuk memenangi perlawanan EPL mereka.
Sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan liga musim ini. Namun selepas ini mereka kehilangan khidmat Alisson untuk aksi derbi Merseyside.
Namun ini bukan kali pertama Liverpool kehilangan Alisson. Sebelum ini mereka kehilangan Alisson dalam 8 perlawanan liga. Dan masih berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dengan Adrian berada di gawang gol.
Secara keseluruhan Liverpool tak tewas dalam 31 perlawanan EPL setakat ini. Rekod terbaik dalam sejarah kelab mereka.
🔴Liverpool have equalled their all-time longest unbeaten run in the top-division of 3️⃣1️⃣ games (W26 D5). The record was originally set by Kenny Dalglish’s team between May 1987 & March 1988.
Here’s how their unbeaten run ranks in PL history . . . pic.twitter.com/vlUGat01xt
— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) November 30, 2019
Liverpool menjarakkan diri 11 mata daripada Leicester dan juga Manchester City selepas 14 perlawanan.
Adakah ini petanda bahawa Liverpool benar-benar menjadikan musim ini sebagai musim mereka?