Hanya perlu beraksi 45 minit, Thiago Alcantara sudah membuktikan dirinya adalah pembelian dan pelaburang yang sangat berbaloi dari Liverpool.
Malah sepanjang tempoh 45 minit itu, Thiago membuktikan dirinya mampu memberikan sumbangan yang lebih banyak untuk Liverpool, berbanding sumbangan pemain-pemain yang dibawa masuk oleh Frank Lampard pada musim panas ini.
Lebih memeritkan The Blues, kehadiran Thiago yang dimasukkan oleh Jurgen Klopp pada babak kedua perlawanan telah menghasilkan lebih banyak hantaran tepat berbanding apa yang dihasilkan keseluruhan pemain yang diturunkan oleh Frank Lampard di Anfield.
Thiago time 🤩
A boss Reds debut for @Thiago6 🔥 pic.twitter.com/4BmiCqUhmR
— Liverpool FC (@LFC) September 20, 2020
Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tengah malam tadi, Liverpool merekodkan kemenangan kedua pada musim ini apabila dengan mudah menewaskan Chelsea 2-0 di Stamford Bridge.
Kedua-dua gol dijaringkan oleh Sadio Mane pada minit ke-50 dan ke-54 perlawanan.
Kedua-dua gol dihasilkan Liverpool setelah Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Andreas Christensen dilayangkan kad merah akibat mengasari penyerang Liverpool dari Senegal itu.
🙌 Despite only coming on as a second-half substitute, no Chelsea player completed more passes (75) or had more touches (89) than Liverpool debutant @Thiago6 in #CHELIV pic.twitter.com/2qN17QFcRM
— Premier League (@premierleague) September 21, 2020
Selain dari dua gol oleh Mane, dan kesilapan muda Kepa Arrizabalaga yang memudahkan kemenangan Liverpool, tumpuan ramai dalam perlawanan ini sudah semestinya terarah kepada pemain baharu Thiago Alcantara.
Thiago didatangkan dari Bayern Munich pada nilai mencecah £30 juta pada minggu lalu dan terus membawa impak segera ke dalam perlawanan.
75 – Half-time substitute Thiago completed more passes (75) than any Chelsea player managed in the entire match. Since full passing data is available for the Premier League (2003-04), his 75 successful passes are the most by a player who played a maximum of 45 minutes. Control. pic.twitter.com/UvHfrw1ggN
— OptaJoe (@OptaJoe) September 20, 2020
Thiago dimasukkan oleh Klopp sebagai pemain gantian pada minit ke-46 perlawanan untuk menggantikan kapten pasukan, Jordan Henderson.
Lupakan penalti yang disebabkan oleh pemain ini setelah tidak sengaja menjatuhkan Timo Werner.
Berdasarkan statistik dan data dari Opta, Thiago berjaya menghasilkan lebih banyak hantaran tepat (75 kali) berbanding apa yang dilakukan oleh keseluruhan skuad Chelsea sepanjang 90 perlawanan aksi.
Thiago v Chelsea 🔥
[@cf_comps]pic.twitter.com/T0dBlWlXD0
— Watch LFC (@Watch_LFC) September 20, 2020
Malah berdasarkan data yang dikongsi oleh Opta, tidak ada pemain lain dari Premier League yang berjaya melakukan hantaran sebanyak itu sejak pengiraan data secara terperinci dilakukan pada musim 2003/04.
Ini membuktikan Liverpool sekali lagi telah melakukan urusniaga dengan bijak dengan membawa pemain yang tepat ke dalam pasukan.
Perpindahan Thiago ke Liverpool sebenarnya amat mudah. Hal ini kerana beliau pernah menyatakan keinginannya untuk bermain di bawah kendalian Jurgen Klopp.
📍Liverpool.
What a nice day! Thank you for your lovely welcome 😃 @LFC pic.twitter.com/P6WX3NChTq— Thiago Alcantara (@Thiago6) September 18, 2020
Beliau telah dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield sejak awal tahun lalu dan saga perpindahannya menjadi hangat sejak awal bulan lalu.
Baru-baru ini juga Thiago telah mengumumkan bahawa beliau akan kekal di Bayern sekiranya kelab masih memerlukan khidmatnya.
Liverpool pula dilihat mempunyai sedikit masalah dibahagian tengah dan Klopp dilaporkan mahu pemain yang memiliki kualiti hantaran serta kreatif seperti Thiago dalam pasukannya.
Akhirnya setelah didesak oleh Klopp, pengurusan tertinggi Liverpool menjalankan tugas mereka dengan baik dan Thiago Alcantara akhirnya sah menjadi milik mereka.