Roberto Firmino yang terkenaldengan hantaran super duper kreatif sekali lagi telah membuat satu hantaran penuh helad dan bersahaja ketika menentang Norwich City.
Pemain Brazil itu sememangnya terkenal dengan jaringan gol dan hantaran bola tanpa lihat sejak menyertai Liverpool dan juga ketika bersama Brazil.
Setakat ini, Firmino telah menjaringkan lapan gol dan mencipta tujuh bantuan gol menjadi antara musim terbaik bersama Liverpool.
Liverpoo berkunjung ke Carrow Road seperti biasa untuk mencari kemenangan dan merapatkan diri kepada kejuaraan. Rutin Liverpool adalah main dan menang.
Dalam perlawanan ini Firmino telah melakukan satu hantaran tanpa lihat dengan terus mencedok bola kepada Gini Wijnaldum.
Selepas menerima bola, Firmino terus menarik bola yang seolah-olah melekat di kaki itu dan melakukan satu cedokan terus kepada rakan.
👀 Bobby Firmino
📱 Watch Norwich v Liverpool now live on Sky Sports PL or follow here: https://t.co/x35dor7tre pic.twitter.com/x7ssPdVPeX
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) February 15, 2020
Dalam perlawanan ini Liverpool telah berjaya menewaskan Norwich City dengan kemenanga tipis satu gol tanpa balas.
Liverpool mencatatkan permainan tanpa bola buat kali ke-10 dalam 11 perlawanan dan semakin kebal saban hari.
Pada minit ke-78 percaturan Jurgen Klopp memasukkan Mane membuahkan hasil, apabila rembatan Mane dari sudut sempit berjaya menewaskan Tim Krul.
Sadio Mane telah menjaringkan 100 gol di dalam bola sepak Inggeris untuk semua kejohanan dan itu merupakan jaringan ke-75 untuk Liverpool dan baki 25 gol bersama Southampton.
Dengan kemenangan ini, Liverpool hanya memerlukan 5 kemenangan lagi untuk bergelar juara yang memenuhi syarat secara sah.
Liverpool telah mencatatkan keputusan 17 kemenangan berturut-turut dan kini 25 mata dihadapan Manchester City yang tidak keruan ketika ini.