Hantaran Backheel Super Padu Ronaldo Dipersia-siakan Oleh Rakan Sepasukannya

Bintang sensasi Juventus Cristiano Ronaldo hampir saja mencatatkan satu assists menggunakan teknik backheel yang sungguh cantik dan menakjubkan ketika aksi bertemu Atalanta.

Gergasi Serie A itu berjaya menewaskan Atalanta 2-1 dalam aksi perlawanan akhir Coppa Italia yang dilangsungkan di Mapei Stadium awal pagi tadi.

Dejan Kulusevski berjaya membuka tirai jaringan untuk Juventus pada aksi babak pertama permainan sebelum Atalanta menyamakan kedudukan menerusi Ruslan Malinovskiy.

Walau bagaimanapun, skuad kendalian Andrea Pirlo berjaya memperoleh gol kemenangan mereka untuk menewaskan Atalanta dalam perlawanan ini pada minit ke-73 permainan.

Federico Chiesa menjaringkan gol yang sungguh cantik dan menakjubkan untuk mengesahkan kemenangan 2-1 Juventus menewaskan Atalanta, seterusnya merangkul kejuaraan Coppa Italia.

Ronaldo berjaya menambah satu lagi Piala kejuaraan dalam kariernya yang gemilang walau terpalit dengan pelbagai spekulasi berkait masa depannya di Turin.

Bintang mega Portugal yang ketika ini sudah berusia 36 tahun itu sebelum ini telah dikritik teruk oleh para peminat atas kelemahan beliau ketika bertahan.

Ia termasuklah insiden yang mana beliau mengelak ketika pasukan lawan mengambil sepakan percuma dan insiden tersebut sudah berkali-kali berlaku.

Para peminat beliau pula menyalahkan barisan pemain Juventus yang dilihat seolah-olah memalau Cristiano Ronaldo kerana cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu.

Prestasi tidak menentu yang ditunjukkan oleh Juventus menyebabkan pasukan seteru, Inter Milan berjaya merampas kejuaraan liga dari skuad the Old Lady itu.

Ketika aksi perlawanan akhir Coppa Italia, pemain terhebat sepanjang zaman itu hampir saja mencatatkan assists yang sungguh menakjubkan dengan menggunakan teknik backheel pada aksi babak kedua permainan.

Ronaldo masuk ke dalam kotak penalti Atalanta dan bijak memerangkap Cristian Romero dengan teknik backheel yang sungguh mengagumkan mencari Chiesa.

Ketua pasukan kebangsaan Portugal itu melorongkan bola tepat menemui Chiesa yang sedang membuat larian, dan hanya perlu berdepan dengan Pierluigi Gollini sahaja untuk merobek gawang Atalanta.

Chiesa melakukan sentuhan pertama yang tidak begitu kemas dan melepaskan rembatan lencong menggunakan kaki kanan melepasi Gollini.

Sayangnya sekali, walau hanya berdepan dengan penjaga gol sahaja, beliau gagal menyempurnakan peluang keemasan tersebut sebaliknya sepakan lencong beliau sekadar terkena tiang gol.

Ronaldo jelas kecewa melihat kedunguan rakan sepasukannya yang gagal menjaringkan gol dari kesempatan tersebut dan beliau kelihatan seperti tidak percaya melihat Chiesa terlepas peluang tersebut.

Juventus ketika ini di kedudukan kelima dalam carta saingan Serie A dan hanya satu mata sahaja dibelakang Napoli yang berada di kedudukan keempat.

The Old Lady bakal berdepan dengan Bologna untuk aksi perlawanan terakhir mereka musim ini, dengan misi wajib menang dalam usaha mereka untuk mara ke saingan liga Juara-juara musim hadapan.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.