Hamidin Ajak Pakar Bola Sepak Berjumpa Presiden FAM

Beberapa hari lalu, Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menghebahkan akan mengadakan sesi pertemuan dengan peminat bola sepak Malaysia dalam pertemuan berbentuk dialog dua hala.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/photos/a.522243597872409.1073741861.340566959373408/1503035213126571/?type=3&theater

Semalam, Setiausaha Agung FAM, Dato Hamidin Mohd Amin juga menjemput peminat dan pakar bola sepak dan admin page FB berkaitan bola sepak untuk hadir sekali.

“Saya menjemput semua penyokong dan peminat bolasepak tanahair untuk hadir dalam sesi bertemu Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada hari esok (hari ini).”

Dato’ Hamidin Mohd Amin juga menyatakan, sesi tersebut tidak ada kawalan keselamatan daripada pegawai keselamatan. Jadi para peminat bola sepak Malaysia boleh mengutarakan apa sahaja pandangan secara terbuka.

“Tidak ada mana-mana pegawai FAM termasuklah pengawal keselamatan DYAM Tunku Mahkota Johor atau sesiapa yang lain kecuali DYAM Tunku Presiden dan penyokong sahaja yang berada dalam bilik tersebut nanti.”

“Atas Titah DYAM Tunku Presiden, kami ingin mengubah sedikit cara bertemu para penyokong kerana mahu beri lebih kebebasan kepada penyokong untuk bersuara. Mereka boleh bertanya apa sahaja dan mencadangkan serta berkongsi idea bagi meningkatkan mutu bola sepak tanah air.”

Pakar bola sepak dijemput

Menutup kenyataan rasmi beliau, Dato Hamidin juga menjemput pakar bola sepak di media sosial untuk hadir sekali dalam sesi tersebut.

“Seperkara lagi, saya juga berharap semua orang yang pakar dalam bola sepak Malaysia di luar sana seperti admin-admin ‘page FB’ bola sepak yang tidak puas hati dengan prestasi Presiden dan juga pengurusan FAM.”

Dato Hamidin juga menjemput beberapa individu yang kerap mengutarakan pandangan di twitter untuk hadir. Ini bagi menunjukkan cara kepada Presiden FAM cara menguruskan bola sepak tanah air.

https://www.facebook.com/FAMalaysiaOfficial/posts/1505135749583184

UM 07 akan hadir

Semalam juga, pihak Ultras Malaya mengesahkan mereka akan hadir dalam sesi ini. Pengumuman dibuat di laman facebook rasmi mereka.

https://www.facebook.com/ultrasmalaya2007/photos/a.336553753387646.1073741829.326999641009724/517485901961096/?type=3&theater

Jadi, kepada anda yang merupakan peminat fanatik bola sepak Malaysia, anda bolehlah datang untuk sesi bertemu dengan Presiden FAM bagi membincangkan tentang bola sepak Malaysia.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.