Haaland Jaring Gol Merecik Dan Keraian Mesra PKP

Borussia Dortmund mencatatkan kemenangan bergaya ke atas musuh Rivierderby mereka Schalke 04. Ia satu keputusan yang sangat penting buat Dortmund.

Dalam aksi tersebut juga Erling Haaland turut mencetak gol pertama untuk Borussia Dortmund dalam aksi Rivierderby menentang Schalke 04 yang berlangsung di Signal Iduna Park.

Aksi berlangsung dalam stadium kosong. Derbi ini antara derbi paling panas di Jerman. Namun pada hari ini tiada kehadiran Ultras kerana larangan oleh kerajaan.

Erling Haaland terus menjadi mimpi ngeri para pemain pertahanan.

Haaland, menerima satu crossing diagonal dari kanan dan menyudahkannya dengan tenang. Selepas menjaringkan gol itu pemain BvB meraikannya dengan social distancing, tidak berpelukan sesama mereka.

Haaland sebelum itu mendapat beberapa peluang gol, namun mempersiakannya. Antaranya adalah situasi 1 lawan 1 dan juga peluang dari tepi gawang yang dirembat tak tepat.

Namun pada minit ke-29, Erling Haaland akhirnya membuktikan kualiti anak remaja Norway itu.

Haaland yang dikenali dengan keraian ala yoga, pada hari ini menukar keraiannya dengan cara tarian anak dengan jarak sosial yang terpelihara di antara beliau dan rakan rakan.

 

Keraian Haaland itu agak ikonik kerana ia menandakan permulaan semula liga selepas wabak melanda.

Haaland meneruskan rekod cemerlang beliau dengan gol Bundesliga kesepuluh beliau musim ini daripada 9 perlawanan.

Dan setakat ini sudah menjaringkan 41 gol daripada 34 perlawanan. Beliau juga sudah mencetak keseluruhan 9 Assist pada musim ini. Maka tak hairanlah Real Madrid gersang dan ghairah melihat aksinya.

Selain daripada itu, di kawasab bangku simpanan turut melakukan social distancing.

Jerman menjadi negara pertama yang memulakan semula liga bola sepak dari kalangan lima liga utama di Eropah.

Bukan sahaja keraian Haaland, malah 3 lagi gol Borussia Dortmund juga tidak ada keraian yang melanggar protokol pada hari ini.

3 lagi gol Dortmund adalah sumbangan, Raphael Guereiro (2 gol) dan juga Thorgan Hazard.

Schalke terlalu teruk pada hari ini. Membiarkan diri mereka dirobek dan dinodai oleh lawan mereka.

Kemenangan dengan keraian gol mesra penjarakan sosial ini membolehkan Borussia Dortmund terus mengejar Bayern Munich dalam persaingan kejuaraan liga pada musim ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.