Erling Haaland meneruskan rentak sensasi bersama Borussia Dortmund apabila menjaringkan dua gol ketika dalam perlawanan Champions League menentang Club Bruges.
Penyerang sensasi berusia 20 tahun dari Norway itu menjaringan kedua-dua gol pada separuh masa pertama perlawanan selepas Thorgan Hazard terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat Dortmund.
Sejak berhijrah ke Jerman pada Januari 2020 dari RB Salzburg, Haaland telah mencetak 26 gol dari 28 penampilan bersama Dortmund dalam semua pertandingan.
Erling Haaland has now scored as many Champions League goals as Adriano and Ronaldo (14).
Matching some Brazilian powerhouses. 🇧🇷 pic.twitter.com/8UejGgQhOZ
— Squawka Football (@Squawka) November 4, 2020
Lebih menarik, penyerang muda ini turut mencipta rekod Champions League apabola menjaringkan 14 gol dari 11 perlawanan.
Ratio jaringan tersebut bermakna Haaland tampil sebagai pemain pertama menjaringkan jumlah gol sebegitu dengan jumlah perlawanan paling rendah.
Jumlah 14 gol yang direkodkan sebelum ini dihasilkan oleh Harry Kane. Tetapi penyerang England dan Tottenham Hotspur itu melakukannya dalam 17 perlawanan.
Dan untuk mencipta rekod tersebut semua lawan yang dihadapi oleh pasukan dengan kehadiran Haaland semuanya telah menjadi mangsa jaringan pemain ini.
Erling Haaland has scored against every opponent he has faced in the Champions League:
⚽️⚽️⚽️⚽️ vs Genk
⚽️⚽️⚽️ vs Napoli
⚽️⚽️ vs PSG
⚽️ vs Liverpool
⚽️ vs Lazio
⚽️ vs Zenit
⚽️ vs Brugge 🆕Can anyone stop this guy? 🤖 pic.twitter.com/FSTxz37sJ0
— William Hill (@WilliamHill) November 4, 2020
Ini bermakna sehingga kini Haaland telah membolosi gawang 7 pasukan sepanjang beraksi di pentas Champions League.
Jika ada perkara yang mengecewakan Haaland pada awal pagi tadi ia semestinya kegagalan beliau untuk merekodkan hatrik keduanya di pentas elit eropah ini.
Kali pertama Haaland menjaringkan hatrik di pertandingan Champions League ialah ketika bersama Salzburg dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Genk pada musim lalu.
Dortmund kini berada di tangga teratas Kumpulan F dengan enam mata, satu mata mengatasi Lazio di kedudukan kedua.
Erling Haaland's best #UCL goal so far? ⚡pic.twitter.com/YJt3PHkUJg
— Goal (@goal) November 5, 2020
Walaupun sudah menyertai Dortmund sejak Januari lalu, Haaland tidak pernah lekang dari khabar angin perpindahan yang melibatkan beberapa kelab utama eropah.
Pengarah Sukan RB Salzburg baru-baru ini mendedahkan kepada Sky Sports bekas pemain kelab Austria itu akan menyertai Liverpool dalam masa setahun dua ini.
“Di situlah [Liverpool] destinasi akhirnya nanti,” kata Freund mengiakan Matthaus.
“Dia boleh bermain di mana-mana kelab di dunia. Dengan mentaliti dan kesungguhan yang dimiliki, dan tahap keyakinan yang ada dia akan meninggalkan kesan mendalam kepada bola sepak eropah untuk 10 tahun yang akan datang.”
Erling Haaland now has more Champions League goals than:
Carlos Tevez (13)
Dimitar Berbatov (13)
Radamel Falcao (12)
Olivier Giroud (12)
George Weah (11)
Romelu Lukaku (11)
Michael Owen (11)
Diego Costa (11)
Christian Vieri (10)He's scored 14 in just 11 matches 🤯🙌 pic.twitter.com/J95ehhNp5N
— Football on BT Sport (@btsportfootball) November 4, 2020
Legenda bola sepak Jerman, Lotthar Matthaus turut mempunyai pendapat yang sama mengenai hala tuju Haaland selepas ini..
“Dortmund adalah salah sebuah kelab paling hebat di Eropah, tetapi di sini kita ada lima atau enam pasukan yang lebih baik di mana ia berpotensi menjadi pilihan Haaland untuk beraksi satu hari nanti.
“Saya memikirkan kelab atasas (elit); tidak semestinya Bayern Munich kerana Robert Lewandowski akan masih beraksi untuk dua atau tiga tahun lagi, dan Haaland tidak akan kekal di Dortmund selama itu.”