Gurauan Mcgregor Selepas Melihat Rankingnya Dalam Senarai Pound-For-Pound UFC

Conor Mcgregor telah bergurau tentang kedudukannya dalam senarai pound-for-pound UFC selepas Khabib Nurmagomedov menggantikan Jon Jones sebagai petarung No.1 dalam carta tersebut.

Khabib Nurmagomedov berjaya menewaskan Justin Gaethje di acara UFC 254 baru-baru ini dan beliau juga telah mengumumkan persaraannya secara rasmi sebaik tamat perlawanan tersebut.

Ketika mengumumkan bahawa perlawanan tersebut merupakan petarungan terakhirnya, Khabib turut meminta supaya UFC meletakkan beliau di tangga teratas dalam carta pound-for-pound.

UFC dengan penuh rasa hormat telah menyenaraikan nama ‘The Eagle’ itu sebagai petarung No.1 dalam senarai pound-for-pound menggantikan Jones yang telah sekian lama mengungguli carta tersebut.

Juara lightweight Dunia UFC yang memegang rekod 29 kemenangan tanpa kekalahan itu telah memberi respond terhadap senarai kedudukan itu di media sosial miliknya dengan menyatakan:

“Ianya adalah pekerjaan dalam hidup saya, saya tidak pernah mendapat sesuatu dengan mudah, dan tiada yang diberikan kepada saya kerana saya seorang lelaki yang baik.”

“Kerja keras, berharap pada Allah dan bersabar, ini tiga ramuan yang membantu saya untuk berjaya, dan sudah tentu, tidak dilupakan kawalan serta nasihat dari ayah saya, dia banyak menghabiskan waktu dan tenaga untuk saya.”

View this post on Instagram

It was work of my life, I never got anything easy, and nothing was given to me because I’m nice guy. Hard work, hope for Allah and patience, this three ingredient helps me to get successful, and of course, control and advises from my Father, who invested in me a lot of time and work. – Это была работа всей моей жизни, я ничего не получил легко, и ничего мне не далось просто так. Упорный труд, Надежда на Аллаха и терпение, вот три качества которые мне помогли прийти к успеху и конечно же постоянный контроль и советы Отца, который вложил в меня очень много времени и труда.

A post shared by Khabib Nurmagomedov (@khabib_nurmagomedov) on

Mcgregor turut memberi reaksi terhadap kedudukan terbaru senarai pound-for-pound UFC.

Beliau telah menulis di Twitter miliknya:

“Ya! Nombor satu berganda dalam carta kedudukan pound-for-pound! Menakjubkan!”

Petarung Ireland itu dijangka akan kembali beraksi pada Januari nanti bertemu Dustin Poirier di acara UFC 257.

Sementara itu, Jones turut memberi pandangan penuh bersemangat kepada sesiapa sahaja untuk yang menganggap Khabib Nurmagomedov adalah GOAT.

“Saya bercakap kepada kamu semua peminat Khabib di luar sana,”

Jelasnya dalam video yang dimuat naik di laman twitter miliknya.

“Lima belas kejuaraan dunia nak dibandingkan dengan empat milik kalian? Dan kamu semua sedang benar-benar bercakap tentang siapa petarung terhebat sepanjang zaman? Kamu semua bergurau? Benar kan?”

“Lima belas berbanding empat. Kamu semua bergurau dengan saya?”

Jon Jones jelas tidak berpuas hati dengan kedudukan terbaru senarai tersebut selepas Khabib Nurmagomedov memintasnya.

 

Baca juga artikel lain kami:

https://www.facebook.com/TheSukann/posts/1509152992588274?__xts__%5B0%5D=68.ARBCuhhwN5MA0h0o_EnAIadu8DEK4R6WlQ57wK21Q-4EYXSxsNToC-NQw7EdZMny-NlG9PAy31BJYnf5CyMQPKR2Zv1Vwu30OdlXAb2_L5f2GoHO-BgXqeG7xpHd7Zm2_l5X0COEbDDVbrT6uALPm9250MkhmryGboDfbzeA0wwqF3LWEYW1I6yY1KKIeQFxbmWqb733Qb_OEzJ9Ua1TuQpnpZrf42Z9gJTds2E_fPwtkGj_llNIyelPbdANGuBqWkFoL0USMN2FeCzQ9ZuL70sW7Nel9xT8VbBVnUS9qoYhTds-Jzh-3WkGnegxqSSNZTVHQf2Bj8kWzu0NWCzEhmkhJg&__tn__=-R

https://www.facebook.com/TheSukann/posts/1508779699292270?__xts__%5B0%5D=68.ARAkCM9B6o5-CHBf5FSyZ4EucC8HKzjTTpXzNsay27mmMshhoWRfnv_zHzkhCty6fmv5vw-27YTvUxe1UwfUbTFxiFRLG55fWYxT8Sh_GwQ4jpLS-z3rdeGsYLGEI-5X_oURxqWar24PdyitZW30wHsyQ4nEF2hkj5uWpC31soaArEIkq5XpEmEUFT5ZINK5FjvPEnfeuILpJP_RleWml1IEf1aQSfy6jrjVgaujIMc0VXb0YPWQWVxoi9F3omhwWOQqAmXd1KkC9FP3LkhwsWUW9grrRuWMcn40hciAxRscCawg2arkk6NYc3Zs09Najor8rMHZJCQV6si2wYfSZJI_dA&__tn__=-R

https://www.facebook.com/TheSukann/posts/1508257009344539?__xts__%5B0%5D=68.ARBgm_N-aSVxzsWLgKv6nt_lZgP-PBN2-rYCl2j8AeiMYWLyywbdQR0tlVyLzOsVZsNldnxIXJcYv3i42Te6uzKuqgurHMA-eZqnqJUAlFxiZ9K-HKK9oM-oc-N1Jlcq05sqAUF20Ob6DuKnk-wDoeEdZcYW97NwRDMFbwuL-t4LZc9HFvje1W9ZbYiZ0MKLn_P-JV3axW43gYjrUPVQFSeOY-rZMUIoK9c1733G0CGlovdL7bZl0lkYvf296jWzBVLs9OoUvdjpNFBcP-Shl0wwmroTmvQRjrtyd5Bc65ulCqkwClipn6iPaMmtV6WsUiC5Rc9SMrRiW5Ed9KsoCMdyoA&__tn__=-R

https://www.facebook.com/TheSukann/posts/1508259349344305?__xts__%5B0%5D=68.ARDkA8J_NdfHD0R1uNjdhQ33VS6L0YTNJE4_UUdlbr13Y69UDNOp8gYkZL0neZSMtSD2Wel0BkQOH0TjDzbSXZ5IHMdtDc0egJ6SLfZMZCIEQgzUoD4F7RrNKikaXcu-UnMxYgYhHDkakIZ855ot6uF_QSy7audUH7hhqplELHgohbWWilYjeJ4ERk46_NbIP1ef4WQ629gSY256cTUPKcQV1G1WlRDlH1sDUHjc-17zC1MtsTscMVElyvJO8JArW660Ga0mdqCrbMlcbZ0bS-tsC9jWY5z8O6gsovRNBNQP0IbQUkv4_AZ6SVcHeKEbHf86pDXLyFRCdkPpVZ6Bip-r7A&__tn__=-R

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.