Ilkay Gundogan nampaknya masih tak berpuas hati dengan kekalahan di tangan Manchester United.
Salah satu punca kepada gol United adalah tindakan Ilkay Gundogan yang membentes dari belakang Bruno Fernandes.
Bruno Fernandes dipuji di seluruh pelusuk buana dan bumi pada ketika ini. Kecuali di mata Gundogan, beliau hanyalah melihat seorang pemain yang lembik dan suka berlakon.
Pengadil memberikan sepakan percuma pada minit ke-30 dan menjadi assist kepada gol Anthony Martial.
Gundogan tidak berpuas hati dengan Bruno Fernandes pada insiden yang berlaku pada minit ke-30 itu. Kerana menurut beliau Bruno Fernandes mudah sangat jatuh dan diving.
Malah Gundonan rimas dengan Bruno Fernandes yang selalu terjerit jerit apabila dicabar oleh pemain lawan.
Misalnya pada minit ke-30 itu, Bruno melebih lebih dan berguling di atas padang sambil menjerit seperti pondey.
Gundogan mencela Fernandes
Gundogan berkata: “Memang kecewa dengan sepakan percuma itu diberikan, itu bukan foul sama sekali.”
Ilkay Gundogan Says Bruno Fernandes Dived for Key Manchester Derby Free-Kick https://t.co/nPJlygOcu6 pic.twitter.com/djVZalIFhc
— SportsDude (@SportsDudeZone) March 9, 2020
“Saya hanya menyentuh bola ketika itu, tak langsung menyentuh kaki dia (Bruno Fernandes).”
“Dan kemudian dia menjatuhkan diri lalu berguling guling, menjerit. Saya pun tak tahu apa sebenarnya yang pengadil tengok ketika itu. Adakah dia cuma rasa rasa sahaja bahawa ada kekasaran pada waktu itu.”
“Ianya sangat mengecewakan saya secara jujurnya. Ini kerana saya terlibat dalam satu insiden yang membawa kepada gol mereka sejurus selepas itu. Sakit betul dibuatnya.”
Ilkay Gündogan on Bruno Fernandes: 'He goes on the floor, shouting': * United midfielder won free-kick that led to first goal * Luke Shaw praises Portuguese for his risk-taking Ilkay Gündogan believes Bruno Fernandes… https://t.co/ddEFkrKX8Z #ManchesterCity #ManchesterUnited pic.twitter.com/TXzKepoGUc
— JPDAILYSPORTS (@JCPGATA) March 9, 2020
“Kami dah cuba terbaik untuk bangkit selepas ketinggalan. Namun tak cukup untuk menembusi mereka.”
Ederson akan bangkit
Ederson kemudian melakukan kesilapan dengan elok je seolah olah melakukan balingan boling kepada McTominay yang terus merembat ke arah gawang Man United dari jarak 35 meter.
Gundogan pun berkongsi kemarahan Ederson selepas melepaskan bola seperti hilang pedoman hidup.
“Ederson sangat marah!”
Perempuan dlm video ni tanya..
Siapa Muhyiddin?? Siapa Muhyiddin??Kemudian saat ke 42, datang sorang lelaki dekat dia dan cakap “PM ke-8”
HAHAHA SAVAGE pic.twitter.com/fjyOFAslHk
— 𝗔𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗥𝗲𝘀𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝗰𝗲 (@AzlanResistance) March 1, 2020
“Ederson kecewa dan pasrah dengan apa yang berlaku. Namun paling penting bagaiman beliau akan bangkit selepas ini.”
“Kami semua di belakang Ederson memberikan sokongan kepada beliau agar dia kembali fokus pada perlawanan seterusnya.”
Sebelum ini Pep Gurdiola tidak berpuas hati dengan corak permainan Man United yang parking bas serta counter attack.
“Kami pasukan lebih baik. Kami bermain sangat baik pada separuh masa pertama. Malangnya kami dibocori oleh gol mereka.”
“Namun pada separuh masa kedua kami beraksi dengan lebih baik daripada separuh masa pertama.”
“Cuma susah nak berhadapan dengan mereka. Pasukan yang hanya berkampung di kawasan sendiri, tunggu masa kami membuat silap, dan kemudian mereka melancarkan serangan balas menerusi Martial dan Daniel James.”
Kekalahan ini membuatkan Man City kini 25 mata di belakang Liverpool. Pasukan The Reds hanya memerlukan 6 mata sahaja lagi untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris selepas 30 tahun lamanya kemarau.