Guendouzi Tetap Sindir Halus Mikel Arteta Dalam Mesej Selamat Tinggal Kepada Ozil

Menurut Matteo Guendouzi, pengurus Arsenal Mikel Arteta kini seolah-olah memperlekehkan salah seorang pemain No.10 terbaik di dunia.

Itulah tanggapan yang boleh kita lakukan sekiranya mesej tersirat oleh pemain ini kepada rakannya, Mesut Ozil ditafsirkan.

Pemain antarabangsa Perancis ini tidak bersama skuad The Gunners sejak Jun lali selepas terlibat dengan satu insiden bersama Neal Maupay dalam kekalahan kontroversi Arsenal kepada Brighton.

Sejak dari itu, Villareal, Roma dan Valencia menajdi antara kelab yang mengikuti perkembangan Guendouzi di Emirates, sebelum pemain tengah berusia 21 tahun itu memilih untuk meneruskan kariernya bersama Hertha Berlin di Bundesliga secara pinjaman pada hari terakhir perpindahan musim panas ini.

Ozil pula tampil kali terakhir di dalam jersi Arsenal pada Mac lalu dalam perlawanan menentang West Ham. Pemain dari Jerman itu sempat menghantar kata-kata pemberi semangat kepada sahabatnya itu apabila perpindahan secara pinjaman tersebut disahkan.

‘Mi Bebee, selamat maju jaya untuk anda di Jerman. Tunjukkan kepada mereka anda adalah seorang pemain bola sepak yang hebat. Saya aka merindui kami di sini,” tulis Ozil di Instagram.

Guendouzi memberikan respon dengan pujian kepada bekas pemain tengah Real Madrid itu yang terus tidak dipedulikan oleh Arteta walaupun bahagian tengah Arsenal kelihatan kurang kreativiti dalam permainan.

“Mi bebee! Terima kasih untuk mesej dan segalanya yang anda lakukan untuk saya. Saya telah banyak belajar bersama kamu, dan pada saya anda adalah No 10 terbaik di dunia, dan semestinya di London! Saya akan merinduimu juga bro!’

Walaupun mesej itu ditujukan kepada Ozil, ia juga dilihat seperti menyindir Arteta secara halus kerana berterusan mengetepikan kedua-dua pemain.

Hertha tidak perlu membayar apa-apa untuk khidmat Guendouzi kepad Arsenal. Namun demikian akan menanggung gaji pemain itu sepenuhnya.

Arsenal pula mencapai persetujuan dengan Hertha Berlin untuk membawa masuk pemain pertahanan remaja Omar Rekik dengan nilai £900,000.

Ozil pula buat masa ini akan terus kekal di Arsenal bersama pendapatan sebanyak £350,000 seminggu, dan kontrak pemain itu hanya akan tamat pada musim panas akan datang.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.