Legenda Iceland, Eidur Gudjohnsen telah menyerang Manchester United dengan kenyataan yang sangat berani.
Menurut beliau, Manchester United kini kelab yang dipandang hina oleh penyerang handalan (world class). Bahkan, mereka hanya mampu mendapatkan Odion Ighalo sahaja, itupun selepas menawarkan gaji sebanyak £100 ribu seminggu.
Photos: Ighalo at the Lowry today #mulive [zenpix ltd, mail] pic.twitter.com/3R6HTUxXpx
— utdreport (@utdreport) February 3, 2020
Selain daripada Gudjohnsen, seorang lagi bekas pemain Chelsea, iaitu Jimmy Floyd Hasselbaink turut menggelakkan United kerana perpindahan yang mengejutkan ini.
United mengesahkan ketibaan Odion Ighalo pada hari terakhir perpindahan Januari 2020.
Gudjohnsen menegaskan, perpindahan Ighalo ini menghantar isyarat kepada dunia, bahawa sekarang ini tiada penyerang world class yang teringin nak datang ke Manchester United.
Bekas penyerang Watford, Odion Ighalo kini menjadi pelan kecemasan United, untuk bermain sehingga akhir musim ini secara pinjaman.
Tidak setakat ini, kelab yang turun ke tangga ke-7, walaupun yang kalah itu jirannya, minggu lalu, Manchester United terlepas untuk mendapatkan khidmat Erling Braut Haaland.
Dan kemudiannya mereka gagal untuk meyakinkan Joshua King untuk menyertai mereka.
"It is a dream come true" 🔴
New Manchester United signing Odion Ighalo has arrived in the UK from China
— Sky Sports News (@SkySportsNews) February 2, 2020
Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini menyatakan, bukan mereka yang ditolak oleh Erling Haaland, sebaliknya, Man United yang menolak untuk enggan mendapatkan pemain itu kerana mahal.
Perkara itu dibidas Mino Raiola yang menyatakan, perpindahan ke United gagal selepas Erling Haaland mendapat tawaran dari Borussia Dortmund. Erling lebih yakin dengan Borussia Dortmund sebagai kelab yang lebih baik.
'I don't think any of the best strikers are eager to join Man United anymore'
Eidur Gudjohnsen insists Old Trafford club have lost their pulling powerhttps://t.co/hnlbIks7v3
— MailOnline Sport (@MailSport) February 4, 2020
Di mata Eidur Gudjohnsen, ini semua satu jenaka. Kerana, nak dapatkan Ighalo pun United hampir terlepas. Mereka gagal untuk mendapatkan penyerang berkaliber.
Gudjohsen menahan rasa nak ketawanya dalam analisis perpindahan Ighalo dengan berkata: “Apabila kita imbas kembali perpindahan Ighalo, saya rasa inilah satu – satunya penyerang yang mereka boleh dapat.”
“Saya tak rasa ada penyerang terbaik di dunia yang tertarik nak menyertai Manchester United macam dulu.”
Manchester United no longer attract world’s best strikers, says Eidur Gudjohnsen | Football News https://t.co/hlTIHTWoEA pic.twitter.com/oymeSP58bB
— slimgigs (@slimgigs1) February 3, 2020
Hasselbaink juga menegaskan Ighalo kini bukan pilihan ketiga dalam pasukan United.
Namun beliau akan terkejut jika Ighalo menjadi pemain pilihan utama United selepas ini.
Hujah itu dipatahkan oleh Mark Bosnich yang yakin Odio Ighalo akan menjadi Eric Cantona baharu dalam pasukan United.
Namun Hasselbaink menambah: “Ighalo merupakan pemain paling bernasib baik. Pergi ke China, jauh dari Eropah, dan tiada siapa kisah pasal dia. Dan kini beliau kembali ke England untuk menyertai Man United.”
“Ini menunjukkan betapa jauh ke belakang United daripada Liverpool dan City, malah Chelsea. Mereka ada tugas sangat sukar selepas ini.”
“Mereka ni perlukan pemain yang istimewa. Saya tak rasa Ighalo akan menjadi penyerang utama mereka. Kalau dia menjadi pemain pilihan kedua atau ketiga pun saya terkejut juga.”
“Beliau ada peluang depan mata, dan beliau pasti akan mendapat minit. Kita lihatlah apa yang beliau mampu lakukan selepas ini.”
Hasselbaink bergelut mahu mendapatkan pemain baharu selepas melepaskan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez ke Inter Milan.
Gary Neville turut menganggap perpindahan Ighalo ini sebagai teruk, tanda Man United tidak melakukan urusan dengan betul.
Gary Neville isn't impressed with Manchester United's transfers
🗣"Ighalo, they just needed a body. I can't let the club off the hook. they've ended up desperately doing one on deadline day" pic.twitter.com/kjY4e1kXBH
— Football Daily (@footballdaily) February 1, 2020