Guardiola U-Turn, Nafi Tuduh Mane Kaki Diving

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyatakan kenyataan beliau telah disalah tafsir. Guardiola menafikan bahawa beliau menuduh Mane sebagai kaki diving yang berbakat.

Bakat itu yang digunakan Mane untuk membantu Liverpool, selain daripada bakat untuk melakukan gol cantik pada minit akhir.

Pep membuat kenyataan itu selepas Sadio Mane dilayangkan kad kuning kerana dituduh melakukan simulasi dalam aksi menentang Aston Villa.

“Sadio Mane kadangkala beliau diving, dan kadangkalah beliau keluarkan bakatnya untuk menjaringkan gol pada minit akhir. Beliau pemain yang berbakat.”

Jurgen Klopp menepis tuduhan liar Guardiola itu dengan menyatakan bahawa Mane bukan kaki diving.

Klopp juga menyindir Pep yang suka menggunakan tactical foul untuk menghentikan lawan. Perkara yang pernah diluahkan Ole Gunnar Solskjaer dan Manuel Pellegrini sebelum ini.

Sadio Mane turut memberikan komen balas ke atas kenyataan Guardiola dengan menyatakan beliau bukan kaki diving.

Mane juga menyatakan Guardiola sengaja mahu mempengaruhi pengadil yang akan mengadili aksi Liverpool – Man City pada Ahad ini.

Mane turut menyindir Guardiola: “Jika betul diving boleh dapat penalti, saya akan terus buat selepas ini.”

Guardiola kemudian menafikan beliau menuduh Mane sebagai kaki diving. Guardiola juga menjelaskan tentang komen beliau ketika menyatakan Liverpool bukan bernasib baik, kerana sudah beberapa musim menang dengan cara itu, menerusi diving dan mendapat penalti.

Guardiola berkata: “Jauh sama sekali niat saya nak menyatakan Sadio Mane pemain begitu. Sadio Mane adalah pemain yang saya sangat kagumi.”

“Pada pandangan Jurgen itu penalti, bagi pengaidil dan VAR itu penalti. Jadi saya silap untuk menyatakan ia bukan penalti.”

“Jurgen lebih kenal Sadio Mane daripada saya. Dan saya sangat menghormati perkara itu. Apabila Klopp menyatakan Mane bukan pemain bukan pemain seperti itu, jadi beliau bukan begitu.”

“Saya memuji Liverpool kerana ianya bukan satu aksi sahaja. Mereka menjaringkan banyak gol lewat di Anfield kerana mereka berterusan mencuba dan mencuba.”

“Jadi itu bukan bernasib baik, tetapi itu kerana mereka berusaha sehingga ke wisel penamat.”

“Sebab itu, menentang Liverpool sentiasa perlawanan yang hebat kerana cuba untuk bersaing dengan mereka di atas padang.”

Liverpool akan melayan kunjungan Man City pada Ahad ini dalam aksi EPL, dalam pertemuan di antara 2 pasukan teratas EPL.

Perlawanan yang pasti sengit.  Man City ketika ini 6 mata di belakang Liverpool. Dan Liverpool masih belum kalah dalam EPL musim ini. Hanya sekali keciciran mata di Old Trafford.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.