Guardiola Terkejut Melihat Jurang Man City Dan Man United Bagai Langit Dengan Bumi

Pep Guardiola terkejut dengan jurang kualiti di antara Manchester City dan Manchester United sejak ketibaannya dalam Liga Perdana Inggeris.

Namun beliau yakin Ole orang yang tepat dalam membawa semula Man Utd ke puncak kegemilangannya.

Kemenangan akhir Piala EFL 2-1 hujung minggu lalu atas Aston Villa di Wembley adalah kejuaraan major keenam Guardiola di City sejak menyertai City pada 2016/17.

United merupakan naib juara kepada City dalam kempen liga musim berikutnya. Namun jurang mata di antara mereka adalah 19 mata dangan skuad Guardiola menjadi pasukan Inggeris pertama mencapai centurion ataupun 100 mata dalam saingan liga.

Ketika itu Jose Mourinho dan Guardiola mengembalikan semula perseteruan mereka seperti yang berlaku di Sepanyol sebelum ini.

Malang sekali, pada musim lalu Jose Mourinho telah dihalau keluar oleh Man United dan melantik legenda kelab, Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengganti.

Pada malam ini kedua dua pasukan akan beraksi dalam derbi. Dengan Man United berada di tangga ke-5. Dibezakan 15 mata daripada Man City.

Man United masih belum menjuarai sebarang kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak 2013, ketika itu mereka ditinggalkan Sir Alex Ferguson.

Guardiola berkata: “Saya tidak pernah menjangkakan kedudukan ini pada musim-musim seelum ini, ketika saya tiba di England, untuk melihat jarak sejauh ini daripada Man United dalam 3 ataupun empat musim ini.”

Menyedari sikapnya yang terlalu jujur memperlekehkan United, Guardiola terus bingkas melakukan ayat cover line dengan memuji kualiti United dan membodek Ole Gunnar Solskjaer.

United berkualiti

“Tentang kualiti United, tidak ada keraguan tentang betapa mereka pasukan yang sarat dengan kualiti. Saya sangat menghargai pengurus, saya rasa dia mewakili United dengan cara yang luar biasa.”

“Dan saya fikir pemain pemain United, apabila anda menganalisis secara individu dan kolektif, mereka begitu baik.”

“Saya sentiasa percaya bahawa pengurus dan kelab memerlukan masa untuk membina sesuatu yang pengurus dan kelab percaya.”

“Malangnya hasilnya kadang-kadang memerlukan anda memecahkan sesuatu untuk mendapatkan hasilnya.”

“Saya tidak berada di sana, saya bukan sebahagian daripada United, tapi apa yang saya rasakan ialah, mereka percaya kepada Ole dan saya fikir dia telah melakukan tugasannya dengan sangat baik.”

“Ia bukan semata mata mengenai taktik, kadangkala ia adalah bagaimana pemain dapat mengikut rentak pengurus.”

Man City pastinya banggan dengan rekod hebat di Old Trafford sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di mana mereka memenangi enam dan seri sekali daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris mereka.

Waspada dengan kegeniusan Ole

Guardiola juga simpati dengan pemain seperti Marcus Rashford yang terlepas aksi pada hari ini. Kerana menurut Guardiola, pemain yang hebat seharusnya beraksi dalam perlawanan besar.

Namun Guardiola waspada dengan ancaman yang bakal dihadirkan Odion Ighalo dan juga Bruno Fernandes pada malam ini.

Guardiola juga menganggap taktikal Ole Gunnar Solskjaer memang padu dan beliau perlu mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan kegeniusan Ole dalam mencongak strategi.

United pastinya yakin akan dapat melakar kemenangan sekali lagi ke atas City dengan prestasi terbaik mereka miliki pada ketika ini.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.