Guardiola: Mane Si Kaki Diving, Adalah Senjata Rahsia Liverpool

Pep Guardiola memberikan komen beliau tentang kelebihan yang dimiliki oleh Liverpool. Kelebihan itu yang membuatkan Liverpool banyak menang dalam beberapa musim ini.

Gardiola menuduh Sadio Mane ada bakat istimewa yang boleh digunakan oleh Liverpool sebagai senjata rahsia mereka ketika terdesak mencari gol.

Menurut Guardiola, bakat istimewa itu adalah dengan melakukan simulasi ataupun diving. Selain daripada melakukan gol yang cantik di dalam padang.

Guardiola berkata begitu selepas Sadio Mane dilayangkan kad kuning kerana diving dalam aksi menentang Aston Villa.

Guardiola mendapat tahu Liverpool juga bangkit daripada ketinggalan 1 gol dan menang 2-1 di Villa Park.

Beliau kemudian berkata: “Ianya telah berlaku banyak kali. Itulah yang Liverpool lakukan dalam beberapa musim kebelakangan ini. Mereka dapat menang kerana Mane ada bakat istimewa iaitu diving.”

“Kadangkala beliau menunjukkan bakat diving dan kadangkala beliau menunjukkan bakat beliau menjaringkan gol luar biasa pada saat akhir. Senang cerita beliau ada bakat yang serba boleh.”

Sadio Mane berada dalam 30 senarai pendek untuk calon akhir Ballon d’Or. Mane merupakan pemain penting Liverpool sejak menyertai pasukan itu dari Southampton.

Liverpool kini 6 mata di atas Manchester City dalam carta liga. Kedua-dua pasukan akan bertemu pada Ahad akan datang.

“Jika ia berlaku sekali dua, kita boleh katakan kami bernasib baik, kami bernasib baik. Namun dalam 2 musim ini, banyak kali, mereka membuktikan mereka ada karakter untuk melakukannya.”

https://twitter.com/RealKevinPalmer/status/1190689189278420994

John Cross dari Daily Mirror menyatakan Pep Guardiola sengaja cuba mengganggu fokus Sadio Mane.

“Ia mengingatkan saya pada musim lepas di mana Guardiola melabel Tottenham Hotspur sebagai pasukan Harry Kane. Terus terganggu kem Spurs dibuatnya.”

“Guardiola tahu kini Liverpool adalah lawan mereka yang sebenar. Saya tak termakan dengan umpan Guardiola. Pep Guardiola ni genius. Saja dia nak ajak Klopp dan Mane jadi panas.”

“Ini kerana dia tahu Sadio Mane pemain Liverpool yang sangat berpengaruh. Dengan taktik mengganggu perhatian Mane, dia akan mengurangkan beberapa peratus pengaruh itu.”

Walaupun Guardiola tak suka dengan perangai Mane yang disifatkannya sebagai kaki diving, namun Guardiola mengakui Liverpool wajar dipuji kerana memiliki mentaliti yang sangat kuat di dalam padang.

Guardiola masih dengan pandangan beliau sebelum ini bahawa, Liverpool di bawah Klopp merupakan lawan paling sukar di dalam sejarah karier beliau.

“Kita kena fokus kepada diri sendiri. Kita kenal pasukan yang kita lawan. Kalau tak silap  mereka dan menang 10 kali dan seri sekali. Perlawanan seterusnya kita akan berlawan dengan mereka di Anfield,” tambah Guardiola lagi.

Liverpool ketinggalan 1-0 dalam menentang Aston Villa. Liverpool mengerah segala keringat mereka untuk memenangi perlawanan ini.

Pada separuh masa kedua, Liverpool memasukkan beberapa pemain dari bangku simpanan untuk mengubah nasib mereka.

Pada separuh masa kedua Liverpool menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-87 menerusi Andy Robertson. Gol yang dicipta oleh Sadio Mane.

Pada masa kecederaan, dengan baki beberapa saat lagi, Sadio Mane melakukan tandukan kilas yang tepat menerjah gawang gol.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.