Guardiola: Man United Pasukan ‘Parking Bas’ Dan Berharap Serangan Balas

Pengurus Manchester City nampaknya bermain dengan api apabila menuduh pasukan Man United sebagai pasukan defensif dan sebuah pasukan counter attack.

Guardiola turut menyatakan beliau terkejut kerana sejak tiba di England, Manchester United langsung tidak mencabar mereka untuk kejuaraan liga.

Pada 2017/18, Manchester United berada di tangga kedua di belakang Manchester City, namun jarak mata di antara kedua – dua pasukan sangatlah jaug iaitu 19 mata.

Musim lalu Manchester United menamatkan saingan liga di tangga keenam dan gagal untuk bermain di Liga Juara – Juara Eropah bagi musim ini.

Guardiola berkata, di bandar Manchester, pasukan Manchester City adalah raja pada ketika ini. Hal ini kerana dalam masa beberapa musim ini, Manchester City sentiasa menamatkan liga di atas pasukan musuh sebandar mereka itu.

Jadi keputusan daripada perlawanan ini, tidak akan membuktikan apa-apa tentang pasukan mana lebih baik di Manchester. Jika dinilai pada trofi, memang kabinet trofi Man United akan lebih banyak trofi.

Tetapi hakikatnya, Guardiola berpendapat pada hari ini, bandar Manchester adalah milik pasukan Manchester City.

“Pandangan saya tentang perseteruan ini, kami telah menjadi pasukan yang lebih baik daripada mereka.”

“Sejak kami berada di kedudukan kami sekarang, kami pasukan lebih baik daripada United.”

“Kedudukan dan jumlah mata kami pada akhir musim membuktikan segalanya. Dan konsistensi yang kami ada sangat luar biasa.”

Guardiola kemudian terkejut Man United langsung tidak mencabar kejuaraan sejak beliau tiba di England.

“Saya juga tidak faham dan terkejut apabila United langsung tidak menjadi pencabar kejuaraan sejak ketibaan saya di sini.”

Namun begitu, Guardiola menganggap dalam perlawanan derbi apa sahaja boleh berlaku. Tidak terhenti di situ, Guardiola kemudian menganggap Man United sebagai pasukan bertahan dan counter attack.

“Kami bukan berada di sini untuk menghakimi keputusan ataupu jarak di antara kedua-dua pasukan pada masa lalu dan pada masa akan datang.”

“Jelas sekali mereka pasukan counter attack. Mereka gemar menekan lawan di kawasan mereka. Namun ketika bertahan meeka turun jauh ke bawah. Dan sudah tentunya mereka akan cuba menyerang lawan segera menggunak Daniel James dan Marcus Rashford.”

“Serangan mereka sangat klinikal dan sangat bagus dalam menyerang ruang yang ada di hadapan mereka.”

“Saya ingat lagi ketika berhadapan dengan Chelsea, kebanyakan gol mereka adalah daripada serangan balas ke atas pasukukan Chelsea yang lebih banyak menyerang mereka.”

“Begitu juga ketika menentang Liverpool, gol mereka adalah daripada serangan balas. Mereka jelas sekali pasukan yang ada kualiti.”

Manchester City akan berhadapan dengan Manchester United pada aksi EPL pada hari ini, dalam usaha mereka merapatkan jurang mata dengan Liverpool.

Manchester United juga mahu meneruskan momentum kemenangan mereka untuk mencabar 4 teratas.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.