Guardiola: ‘Jangan Sesekali Terhumban Ke Zon Penyingkiran ‘

Pep Guardiola memberikan amaran kepada para pemainnya agar tidak sesekali sambil lewa dan pandang rendah kepada lawan mereka.

Guardiola berkata demikian selepas kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa.

Manchester City sangat sukar berhadapan dengan Villa pada separuh masa pertama. Ini kerana para pemain agak sambil lewa dan tidak cukup pantas di dalam gerakan.

Mujur selepas rehat mereka memperbaiki aspek permainan dan berjaya menang 3-0.

Guardiola gembira kerana berjaya mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga iaitu Liverpool.

“6 hari lalu kami 8 mata di belakang. Dan kini hanya 3. Namun mereka harus menentang Tottenham minggu ini.”

“Saya tidak begitu kisah pasal kedudukan liga. Namun saya sangat menekankan aspek cara kami bermain.”

Guardiola mengingatkan, jika Manchester City beraksi seperti mana yang mereka tunjukkan pada separuh masa pertama, mereka akan bertarung dengan penyingkiran selepas ini.

Namun, jika mereka bermain seperti separuh masa kedua, mereka akan terus berada dalam kedudukan untuk mencabar kejuaraan liga sehingga ke akhir musim.

“Jika kami bermain dengan cara kami di separuh masa kedua. Kami akan terus berada dalam persaingan kejuaraan sehingga ke akhir musim, saya pasti akan perkara itu.”

“Namun jika kami beraksi seperti separuh masa pertama, kami boleh berada di kedudukan bertarung dengan zon penyingkiran, jauh di belakang pendahulu liga. Itu pandangan saya.”

“Separuh masa pertama, kami bermain bola tetapi bukan dengan cara kami sepatutnya bermain.”

Selepas ini, Manchester City akan melayan kunjungan Southampton sebanyak 2 kali. Pertamanya pada aksi Piala Carabao. Dan diikuti aksi dalam liga selepas itu.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.