Jack Grealish hampir saja menjaringkan gol terhebat di abad ini ketika dalam perlawanan menentang Leeds United awal pagi tadi.
Aston Villa turun bertemu Leeds United dengan rekod bersih empat kemenangan tanpa kekalahan dalam saingan liga musim ini.
Dalam perlawanan awal pagi tadi, kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada babak pertama perlawanan sebelum Patrick Bamford mencipta hat-trick untuk kemenangan 3-0 Leeds ke atas Villa.
54' | Grealish goes on an incredible run from the halfway line and manages to get his shot away, but Meslier saves.
Soon after, the Leeds 'keeper makes another stop, this time from Konsa.
🟣 0-0 ⚫ #AVLLEE pic.twitter.com/TgJeK3MVVw
— Aston Villa (@AVFCOfficial) October 23, 2020
Bamford menjaringkan dua dari tiga gol dalam perlawanan ini dengan jaringan yang sungguh cantik dan mengagumkan.
Pemain berusia 27 tahun itu juga telah menjadi pemain Leeds pertama yang mencatatkan hat-trick dalam saingan premier league sejak kali terakhir dilakukan oleh Mark Viduka pada tahun 2003 lalu.
Sebelum Bamford membuka tirai jaringan untuk Leeds pada minit ke-55 perlawanan, Jack Grealish hampir saja menjaringkan gol yang sungguh menarik satu minit sebelumnya.
Jack Grealish ketika itu membawa bola dari kotak penalti sendiri dan dengan lajunya beliau melarikan bola ke arah kubu lawan sambil menggelecek melepasi lima pemain Villa sebelum cubaannya diselamatkan oleh Mesliar.
Beliau mempunyai kelajuan dan ketenangan yang cukup luar biasa, lihat saja bagaimana tenangnya beliau menggelecek empat pemain Villa di dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan, ianya sungguh luar biasa.
Jack Grealish pic.twitter.com/fcj0xA8aGc
— Cesur_Futbol (@Lord15Xx) October 24, 2020
Jack Grealish. pic.twitter.com/tOA7Zsbmg2
— ZAFER💯 İNANANLARINDIR🤲1907🇹🇷🇦🇿 (@kalitekaderdir) October 23, 2020
Seandainya cubaan beliau berjaya menghasilkan jaringan, ianya pasti akan menjadi salah satu gol tercantik di abad ini dengan gerakan yang beliau sendiri mulakan di kotak penalti sendiri.
Mujur saja Mesliar berjaya menghadang bola cubaan dari Grealish tersebut dengan menggunakan kakinya, seandainya tidak, ianya pasti akan bertukar kepada jaringan kerana Watkins sudah bersedia di belakangnya.
Grealish dalam perlawanan ini beraksi tidak seperti kebiasaannya, beliau banyak melakukan kesilapan dengan mencatatkan 19 kali possession lost.
Statistik yang ditunjukkan olehnya juga tidak sebaik yang selalu beliau lakukan dengan Grealish hanya membuat 2 percubaan tepat, empat gelecekan berjaya dari enam cubaan, 52 sentuhan dan hanya mencatatkan 75.0% sahaja ketepatan hantarannya.
Jack Grealish musim ini berada di kedudukan 10 terbaik dalam senarai penjaring, assists, key passes, mencipta peluang terbesar, cubaan menggelecek, gelecekkan berjaya, cubaan dalam kotak, cubaan tepat, cubaan yang dihadang dan memenangi tackle.
Ianya merupakan pencapaian dan statistik yang luar biasa hebat dari seorang pemain midfield sepertinya.
Jack Grealish is top 10 in the Premier League this season for:
Goals
Assists
Key passes
Big chances created
Dribbles attempted
Dribbles completed
Shots in the box
Shots on target
Blocked shots
Fouls received
Tackles won👑 #AVFC pic.twitter.com/GMLUCQBzAF
— bet365 (@bet365) October 18, 2020
Sayangnya rekod kemenangan bersih Villa telah terkubur dalam perlawanan ini selepas Patrick Bamford mencatatkan hat-trick dalam perlawanan ini pada minit ke-55, 67 dan 74.
Villa kini masih dikedudukan kedua dalam saingan liga dengan mengumpul 12 mata, dengan hanya kekurangan satu mata sahaja di belakang pendahulu saingan liga musim ini, Everton.