Grand Slam Ke-20, Kukuhkan Nama Federer Sebagai Raja Open Era

Di kala ramai sudah menjangkakan karier beliau hanyalah berada di fasa sebagai pesaing tetapi sukar untuk merangkul kejuaraan besar, Federer membuktikan mereka salah.

Roger Federer menewaskan Marin Cilic dengan gaya yang sama seperti permainan beliau beberapa tahun yang lalu ketika di kemuncak prestasi.

Marin Cilic dikenali dengan permainan bertenaga serta visi permainan yang sangat baik. Roger Federer berjaya mengatasi pemain itu dengan cara beliau tersendiri. Menyerap tekanan dalam permainan, cuba menyusahkan lawan serta menggunakan drop shot yang membuka peluang mata.

Federer menang 6-2, 6-7 (5-7), 6-3, 3-6, 6-1. Tiada siapa sangka beliau menewaskan Cilic dengan hanya melepaskan 1 mata dalam set penentuan.

Pengulas perlawanan juga mulai berseloroh menyatakan Marin Cilic nampaknya akan geram selepas tewas set pertama dengan 6-2. Federer sebelum ini menewaskan Marin Cilic di final Wimbledon.

Cilic berkali-kali menguji Federer dengan permainan raly tetapi bintang Switzerland itu seakan-akan sudah bersedia satu langkah di hadapan dalam setiap aksi.

Federer sudah pun mengampiri usia 37 tahun. Namun pada usia inilah beliau meletakkan penanda aras yang sangat tinggi untuk dikejar generasi akan datang dalam sukan ini. eliau berjaya membawa pulang Grand Slam ke-20.

Itulah angka yang mungkin akan sukar untuk dipecahkan mana-mana pencabar beliau. Hanya 4 pemain sahaja dalam Open Era memenangi 10 Grand Slam. Beliau kini berada 4 major lebih daripad Rafael Nadal.

Roger Federer seakan-akan tiada tanda-tanda mahu berhenti daripada arena ini buat masa ini. Tiada siapa yang boleh menganggap kejayaan ini hanya nasib atau kebetulan. Beliau memang masih ada tenaga dan kudrat untuk memenanginya.

Federer kini menjadi pemain tenis paling banyak memenangi major dalam Open Era. Dan hanya dibezakan 3 major dengan Ken Rosewall (23) yang bermain sebelum Open Era dan pada Open Era.

Jika Federer mengatasi rekod Ken Rosewall, sudah pastinya ia memang pencapaian terlalu luar biasa.

Memenangi 3 major dalam 12 bulan terakhir adalah bukti Federer adalah raja tenis selepas kali terakhir memenanginya pada 2012 yang lalu.

Foto – Alangkara

Beliau bekerja keras untuk memperbaiki aspek permainan. Mengurangkan corak yang terlalu fizikal. Fokus kepada permainan yang lebih ‘tricky’.

Beliau disaingi oleh Rafael Nadal ketika zaman kemuncak kemudian melihat kebangkitan Novak Djokovic. Ramai yang merasakan era yang ada beberapa tahun ini adalah era Novak Djokovic, namun tetap Federer merampas kejuaraan major daripada mereka.

Tidak ramai pemain tenis yang masih memiliki keupayaan seperti beliau selepas usia 30 tahun apatah lagi pada usia 37 tahun. Beliau bangkit daripada kecederaan, meningkatkan aspek kecergasan dan kemudian menterjemahkannya ke dalam gelanggang.

Bertuahlah kita yang hidup di zaman yang melihat Roger Federer. Bukan mudah untuk melahirkan seorang lagi juara sejati seperti beliau.

Beliau memulakan karier pada 20 tahun yang lalu sebagai pemain profesional. Agak ironi, ulangtahun ke-20 karier beliau diraikan dengan kejayaan Grand Slam ke-20.

Foto – SMH

Secara keseluruhannya, beliau sudah bermain 30 perlawanan final Grand Slam dan 10 kali sahaja beliau tewas ataupun menjadi naib juara.

Anda sememangnya yang terhebat King Fedex!

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.