Granada Bengang Kena Troll Oleh Penaja Sendiri

Granada menjadi mangsa troll secara online dan ia dilakukan oleh penaja mereka sendiri pada Ahad lalu.

Troll tersebut timbul berikutan kekalahan memalukan kelab Anadulisia itu kepada Atletico Madrid dengan jaringan 6-1.

Winamax adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan taruhan, dan merupakan penaja utama Granada.

Malah logo dan nama syarikat turut terpampang pada bahagian depan jersi pasukan.

Melalui satu ciapan selepas Granada teruk dibelasah oleh Atletico, Twitter milik Winamax menyiarkan satu grafik menunjukkan heat map Joao Felix yang turut menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut.

Grafik tersebut bagaimana pun bersifat penghinaan.

Dalam perlawanan tersebut, Granada jelas gagal memberikan saingan kepada pasukan tuan rumah.

Atletico memulakan perlawanan dengan aksi serangan yang sungguh kemas dan teratur sehingga mereka berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-9 menerusi Diego Costa.

Costa menanduk kemas bola hantaran dari Angel Correa untuk meletakkan Atletico mendahului perlawanan 1-0.

Pada minit ke-16, Joao Felix telah dijatuhkan dalam kotak penalti dan Atletico dihadiahkan sepakan penalti.

Namun sayangnya, Saul Niguez gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti itu selepas penjaga gawang Granada cemerlang menyelamatkan cubaanya.

Pada minit ke-47, Angel Correa berjaya menjaringkan gol kedua untuk Atletico selepas menerima bola umpanan cantik dari Joao Felix.

Pada minit ke-65 pula giliran Joao Felix menjaringkan gol ketiga untuk Atletico selepas menerima bola hantaran dari Angel Correa.

Pada minit ke-70, Diego Someone telah memasukkan Luis Suarez dan mengeluarkan Diego Costa.

Suarez melakukan debutnya bersama Atletico dengan sungguh cemerlang apabila beliau berjaya mencatatkan assists selepas dua minit sahaja beraksi di atas padang.

Pada minit ke-85, Luis Suarez berjaya menjaringkan gol debutnya bersama Atletico selepas berjaya menanduk masuk bola hantaran dari LIorente.

Jorge Molina berjaya menjaringkan gol saguhati untuk Granada pada minit ke-87 perlawanan sebelum Luis Suarez sekali lagi menjaringkan gol kedua untuk debutnya dan gol keenam untuk Atletico.

Dalam satu kenyataan selepas ciapan yang dianggap menghina itu, Granada berkata:

“Granada mahukan permohonan maaf secara terbuka dari Winamax Deportes atas penghinaan dan ciapan yang tidak menghormati kelab dan penyokong mereka.

“Kami juga berhak untuk mengambil langkah yang sewajarnya untuk memelihara kepentingan institusi berusia 89 tahun ini,” kara Granada.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.