Xavi dengan jayanya telah menyerapkan teknik permainan tiki-taka kedalam skuad kendaliannya, Al Sadd, dan ianya membuktikan beliau sudah bersedia untuk kembali ke Nou Camp sebagai pengurus.
Legenda Sepanyol itu sebelum ini sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Nou Camp sebagai pengurus, dan beliau sendiri menyatakan bahawa hal itu akan terjadi tidak lama lagi pada awal tahun lalu.
Beliau memutuskan untuk kekal dalam saingan liga utama Qatar dan skuad kendaliannya juga berjaya memenangi perlawanan terakhir mereka dengan keputusan 4-1.
Xavi's Al Sadd is unbeaten😭😭 pic.twitter.com/5f1vlt4dNU
— வாத்தி «» 𝗔𝗝𝗔𝗬 (@a_j_a_y___) December 10, 2020
Namun, perkara paling menarik untuk dibincangkan adalah gol keempat skuadnya, yang mana jaringan tersebut tak ubah seperti taktikal Pep Guardiola ketika bersama Barca.
Gerakan hantaran yang kemas, cantik dan teratur dari kawasan pertahanan sehingga ke posisi serangan dengan trick yang sempurna dan berjaya disudahi dengan jaringan yang sangat menarik.
Gerakan tersebut ternyata gagal dihalang dan disekat oleh barisan pemain Baghdad Bounedjah hingga gawang gol mereka dibolosi oleh Al Sadd.
Tiene mala pinta lo de Xavi como entrenador. Así de difícil la mueve el Al Sadd. pic.twitter.com/ufBpSwGnRd
— Iniestazo (@INIE8TAZO) December 14, 2020
Saingan Qatar Stars League mempunyai kualiti yang lebih rendah dari La Liga secara keseluruhannya, namun, Xavi mampu untuk menguruskan pasukan beliau seperti itu, pastinya bakal menggembirakan para peminat Barcelona.
Para peminat gergasi Catalan itu merasakan pasukan mereka kini sudah kehilangan identiti dan melihat legenda kelab mereka berjaya membawa tiki taka bersama Al Sadd pastinya membuat mereka semakin teruja untuk menyambut kepulangan semula Xavi ke Nou Camp.
Mereka kini berada di kedudukan keenam dalam saingan La Liga dan Ronald Koeman yang baru sahaja dilantik sebagai pengurus pada musim panas lalu, sudah merasa tekanan yang sangat dasyat ketika ini.
Peminat turut memberi reaksi terhadap gol keempat Al Sadd itu dan mereka sangat berharap agar Xavi akan dipanggil segera untuk mengurus Barcelona.
Bloody hell this looks like Pep Guardiola’s Barcelona! Except it’s Xavi’s Al Sadd in Qatar.#Barcelona pic.twitter.com/i4MXZM9GpI
— Barca GameDay (@BarcaGameDay) December 15, 2020
ℹ While Koeman is struggling with Barcelona, Xavi breaks all the records in Qatar.
ℹ Al Sadd have had a perfect start: 7 wins, 1 draw, 31 goals scored, 7 conceded.
ℹ They are the only unbeaten team in the league with the best attacking & defensive records.
Via: @diarioas pic.twitter.com/IzFB1kdex2
— BarcaBuzz (@Barca_Buzz) December 10, 2020
Xavi sebelum ini telah beraksi bersama Barcelona selama tempoh hampir 17 tahun dan beliau mempunyai DNA yang dicari oleh peminat untuk membawa Barca kembali ke landasan sebenar.
“Saya gembira dapat pengalaman dalam menjadi jurulatih dan terus mencabar diri saya, tapi sudah tentu ianya akan menjadi keutamaan saya untuk mengurus Barca satu hari nanti.”
Jelasnya kepada El Pais.
Javier Saviola expects Al Sadd coach Xavi to eventually take charge of Barcelona. https://t.co/8VslX5gnpF
— e360hubs.com (@e360hub2) December 15, 2020
“Saya mahukan skuad impian, dengan Jordi Cruyff, Carles Puyol dan beberapa pemain sedia ada sekarang.”
“Saya mahu membina satu skuad dengan orang-orang penting yang mengenali kelab, orang yang saya percaya dan akan setia bersama saya.”