Pemain pertahanan Lyon, Fernando Marcal telah menjaringkan gol sendiri dengan satu rembatan teramat pada ketika menentang Paris Saint-Germain di Ligue 1.
Dalam perlawanan ini Paris Saint-Germain mudah menewaskan Lyon 4-2 untuk terus selesa dipuncak dengan 12 mata di atas Marseille.
Angel Di Maria, Klylian Mbappe dan Edison Cavani serta gol sendiri Fernando Marcal memberi empat gol untuk PSG.
Gol Lyon pula dijaringkan oleh Martin Terrier dan Moussa Dembele selepas ketinggalan 3-0.
Apa yang menarik dalam perlawanan ini adalah gol sendiri yang dijaringkan oleh Fernando Marcal yang terlalu padu dan cantik.
Julian Draxler laju datang dari sebelah kiri untuk menyerang, memaksa Anthony Lopes keluar dan Draxler cuba membuat hantaran kepada rakan sepasukannya.
Namun Thiago Mendes lebih bersedia untuk memotong bola itu dengan satu kuisan untuk mengeluarkan bola dari permainan.
Malangnya bola itu tiba di kaki Draxler yang baru sahaja menghentikan larian di atas garisan padang.
Melihat Di Maria tidak dikawal, Draxler cuba membuat hantaran kepada di Maria yang mempunyai ruang yang selesa untuk menjaringkan gol.
Hantaran Draxler lalu dilaluan larian Marcal yang mungkin cuba untuk mengeluarkan bola dengan satu tendangan deras.
Malangnya bola itu menerjah gawang dengan padu sekali, tetapi untuk gol sendiri gol itu sesuatu yang dahsyat.
Paris Saint-Germain FC vs. Olympique Lyonnais (2020)
– Fernando Marçal (AG)Não foi à primeira, foi à segunda: esta bola tinha que entrar!
⚽️ #GolosDoCamandro 🤦♂️pic.twitter.com/TZfC2ZcJCO
— Prof. Bananas (@gandama2uco) February 10, 2020
Padu bukan?
https://twitter.com/FancyDiMaria/status/1226632428720136192