Penjaga gol Brendford, David Raya telah mengalami mimpi ngeri buat seorang penjaga gawang apabila telah menjaringkan gol sendiri selepas gagal mengawal bola dengan baik.
Bola yang mudah bertukar menjadi bencana disebabkan tersilap bacaan lalu kawalan bola ke laut dengan menutmeg diri sendiri dan gagal mengejar bola yang terlepas.
Brendford bertandang ke Hull City telah mendahulu 2-0 hasil jaringan Said Benrahma dan gol sendiri Reece Burke hanya selepas 20 minit permainan berlangsung.
Lapan minit kemudian David Raya telah membalas kembali kemurahan hati Reece Burke menjaringkan gol sendiri kemudiannya menyesal.
Semuanya berpunca daripada bola hantaran pemain pertahanan tengah Hull City, Ryan Tafazolli menuju terus kepada David Raya.
Sememangnya itu merupakan satu hantaran yang teruk daripada Ryan Tafazolli yang terlalu deras untuk dikejar oleh rakan sepasukannya.
David Raya kelihatan tenang untuk menerima bola namun sebaliknya berlaku, bola melepasi celahan kakinya dan laju menuju ke gawang.
Cubaan Raya mengejar tidak berhasil dan bola masuk ke gawang lalu Raya pun terkulai keinsafan untuk kedudukan 2-1.
Siapa sangka, hantaran yang teruk Ryan Tafazolli telah menghasilkan jaringan. Kesempurnaan dalam sebuah kecacatan.
Acorta distancias el Hull City por este fallo de David Raya 😬 pic.twitter.com/dzQuDmyW7I
— Jose García ⚡ (@JoseRbb_86) February 1, 2020
Apa yang terjadi hanya membuatkan David Raya menanggung malu sahaja kerana Brenford berjaya menambah tiga lagi gol untuk menang 5-1.
Said Benrahma mencetak hatrik dalam perlawanan ini.