Lihat Gol Lencongan Aubameyang Yang Bersahaja Bantu Arsenal Tewaskan Fulham 3-0

Pierre-Emerick Aubameyang telah menjaringkan satu gol yang disifatkan sebagai menakjubkan ketika membantu Arsenal menewaskan Fulham 3-0 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim 2020/21.

Arsenal terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-8 perlawanan lelalui Alexander Lacazette selepas situasi kelam kabut di hadapan gol.

Percubaan Willian dari jarak dekat pada mulanya berjaya ditampan oleh penjaga gol Fulham. Bola yang muntah kemudian bergolek ke arah Lacazette untuk pemain dari Perancis itu mudah menolah masuk.

Gol kedua Arsenal pula dijaringkan oleh Gabriel Magalhaes empat minit selepas babak kedua perlawanan bermula. Pemain yang baru tiba dari Lille ini menampilkan aksi yang meyakinkan dalam debut ini, sebelum menanduk masuk sepakan penjuru Willian.

Jaringan Aubameyang pula tiba pada awal babak kedua hasil gerakan sepasukan yang cantik.

Berjaya mendapatkan bola di sebelah kanan serangan di bahagian tengah padang, Willian melakukan hantaran tepat mencari Aubameyang yang mempunyai ruang kosong di sebelah kiri serangan.

Penyerang antarabangsa Gabon itu melarikan bola ke dalam kotak penalti sebelum melencongkan bola ke far post untuk melebarkan kelebihan Arsenal kepada 3-0 pada minit ke-57 perlawanan.

Aubameyang kini menjaringkan 55 gol untuk Arsenal sejak menyertai kelab itu dari Borussia Dortmund pada Januari 2018.

 

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.