Gol Jaringan Mason Mount Memukau Peminat Seluruh Dunia

Mason Mount telah berjaya menghasilkan satu jaringan yang sungguh luar biasa menakjubkan untuk membuka akaun golnya dalam saingan liga Juara-juara.

Mount telah melakukan satu turn yang sungguh sempurna sebelum menjaringkan gol pertamanya dalam kancah saingan liga Juara-juara.

Chelsea berjaya memperoleh kelebihan dua gol dari halaman lawan selepas menundukkan Porto 2-0 dalam aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan liga Juara-juara di Ramon Sanchez Pizjuan.

Dua gol yang berjaya diperolehi itu bakal menjadi kelebihan untuk dibawa ke Stamford Bridge dalam aksi leg kedua nanti.

Gol jaringan super cantik dari Mason Mount dan satu gol di minit akhir permainan hasil jaringan Ben Chilwell membantu The Blues mendapatkan kembali rentak kemenangan mereka.

Jorginho melorongkan bola cantik menemui Mason Mount yang kemudiannya membuat pusingan lalu melepaskan rembatan padu menewaskan Marchesin.

Ia sememangnya satu pusingan yang sangat kemas dengan kawalan bola yang mengagumkan beserta penyudah yang sangat sempurna.

Dari sentuhan pertama, membawa ke pusingan dan kawalan bola sebelum bergerak ke hadapan lalu melepaskan rembatan semuanya sangat cantik dan kemas.

Gol yang betul-betul cantik dan tentunya yang terindah untuk Mount membuka akaun golnya dalam saingan liga Juara-juara.

Peminat di sosial media memuji turn yang dilakukan oleh Mount dan ramai yang menyamakan aksi tersebut dengan gol ikonik Dennis Bergkamp ketika bertemu Newcastle dalam saingan premier league satu ketika dahulu.

“Sungguh luar biasa menakjubkan. Turn itu dengan penyudah yang sempurna, salin tak tumpah seperti gol jaringan Dennis Bergkamp ketika bertemu Newcastle.”

“Pusingan dan penyudah yang sangat sempurna dan layak untuk dianggap gol tercantik dalam saingan premier league ketika ini.”

“Turn itu akan jadi salah satu gerakan istimewa Mason Mount dan akan menjadikan dia sebagai salah seorang pemain paling digeruni selepas ini.”

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.