Sebelum ini Kemar Roofe telah menjaringkan gol dari jarak paling jauh dalam sejarah saingan Europa League, namun rekod tersebut hanya bertahan beberapa minggu sahaja.
Dalam perlawanan pada awal pagi tadi yang telah menemukan antara Omonia Nicosia dengan PSV Eindhoven, Jordi Gomez telah memecahkan rekod tersebut dengan menjaringkan gol dari jarak paling jauh dalam sejarah saingan Europa League.
Bekas pemain Wigan Athletic dan Sunderland itu kini sudah berusia 35 tahun, namun beliau masih gagah bermain dan mampu untuk menjaringkan satu gol yang sungguh luar biasa hebat.
Kemar Roofe's long-range goal for Rangers last week set a record for the furthest a goal has been scored in the competition.
One week later, the record has been broken.
Jordi Gomez scored for Omonia Nicosia against PSV from 56 metres.#UEL https://t.co/I0Xm9xLgpv pic.twitter.com/F8nipTkQOk
— Match of the Day (@BBCMOTD) October 29, 2020
Jordi Gomez berjaya menjaringkan gol dari kawasan tengah padang ketika aksi bertemu PSV Eindhoven awal pagi tadi.
Ketika itu, Omonia Nicosia dihadiahkan sepakan percuma selepas pemain mereka dikasari lawan, pemain kebangsaan Sepanyol itu menggunakan kebijaksanaan yang beliau miliki untuk memanfaatkan keadaan tersebut.
Jordi Gomez dengan pantas melepaskan rembatan ke arah gol PSV selepas melihat penjaga gol mereka berada di luar kawasan gawang, dan rembatan beliau berjaya menerjah jaring gawang gol untuk gol pembukaan Omonia Nicosia.
Beliau dengan santai melepaskan rembatan dari jarak 56 meter untuk menewaskan penjaga gol PSV Eindhoven, Yvon Mvogo.
Omonia's Jordi Gomez just scored this golazo vs PSV from inside his own half 😳pic.twitter.com/hSPvNmD2gF
— Gilles 🇳🇬🏴 (@_Grimanditweets) October 29, 2020
56 – The goal scored by Jordi Gómez for Omonia Nicosia against PSV was from a distance of 56 metres, the furthest distance ever for a goal scored in the UEFA Europa League, beating last week's record by Kemar Roofe (@RangersFC) Madness. pic.twitter.com/ga04xOn3qT
— OptaJohan (@OptaJohan) October 29, 2020
Gol Jordi Gomez dari jarak 55 meter itu secara rasminya telah menjadi gol jaringan terjauh dalam sejarah Europa League mengatasi rekod yang baru saja dicipta oleh Kemar Roofe minggu lalu.
Pada minggu lalu, Kemar Roofe telah berjaya menjaringkan gol dari kawasan tengah padang pada minit ke-92 permainan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 Rangers menewaskan Anderlecht.
Pengurus Rangers, Steven Gerrard turut memuji gol tersebut dan menganggap jaringan tersebut antara gol terhebat yang pernah beliau saksikan.
“Saya sungguh beruntung kerana dapat melihat jaringan secantik dan sehebat ini dengan mata kepala saya sendiri.”
Jelas Gerrard kepada BT Sport.
“Dia berjaya menewaskan dua pemain dengan kekuatan yang luar biasa dan paling penting dengan keadaan padang yang paling teruk pernah saya lihat.”
Wigan legend Jordi Gomez has just beaten the record set by Kemar Roofe last week for the furthest goal in Europa League history. 😲 https://t.co/ZEgEA0G911
— SPORTbible (@sportbible) October 29, 2020
“Dia berjaya menarik seorang pemain dan sempat melihat penjaga gol sudah tidak berada di gawangnya dan kemudian dia melepaskan rembatan ke arah gol lawan, tindakan yang sungguh bijak darinya.”
“Ianya mungkin gol tercantik pernah saya saksikan sepanjang karier saya sejak dari mula saya menjadi pemain bola sepak profesional pada tahun 1998. Luar biasa hebat. Dia berhak menerima semua pujian.”
Namun gol yang memecahkan rekod Europa League dari Jordi Gomez itu tidak bertahan lama apabila PSV Eindhoven berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama permainan.
PSV memperoleh jaringan pertama mereka pada minit ke-40 permainan menerusi jaringan dari Donyell Malen yang menerima hantaran dari Noni Madueke.
A club legend, Jordi Gomez was an integral part of Wigan Athletic sides that competed in the Premier League and won the FA Cup.
Tonight, aged 35, he's just scored a free-kick FROM HIS OWN HALF for Omonoia Nicosia against PSV.
Still got it.#WAFC #UEL pic.twitter.com/AgNUZVz1et
— bet365 (@bet365) October 29, 2020
Masuk babak kedua permainan, Donyell Malen sekali lagi menjadi wira untuk PSV selepas beliau berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit-minit akhir perlawanan.
Gol tersebut mengesahkan kemenangan PSV Eindhoven menewaskan Omonia Nicosia 2-1.