Gol Cantik Shaqiri & Minamino Bantu Liverpool Belasah Lincoln 7-2, Jones Luar Biasa

Curtis Jones digelar oleh Jurgen Klopp sebagai “pemain berbakat luar biasa” selepas dua gol pemain muda itu membantu Liverpool menewaskan Lincoln 7-2 di pertandingan Piala Carabao pada awal pagi tadi.

“Kita akan menikmati dan bergembira dengan aksinya, dan saya pasti ia akan berlaku pada masa hadapan,” ujar Klopp mengenai pemain berusia 19 tahun itu.

Kemenangan ini turut bermakna Liverpool akan berhadapan Arsenal di pusingan seterusnya.

Dalam perlawanan ini Liverpool memberikan debut kepada pemain pertahanan Rhys Williams dan Kostas Tsimiskas, sementara penyerang bernilai £41 juta didatangkan dari Wolves dimasukkan pada babak kedua perlawanan.

Turut mencuri tumpuan dalam perlawanan ini ialah gol pembukaan oleh Xherdan Shaqiri dan jaringan Takumi Minamino yang memberikan pendahuluan selesa 2-0 buat Liverpool.

Malah tidak keterlaluan jika kita ingin mengatakan perlawanan ini dihiasi dengan gol-gol yang cantik belaka.

Xherdan Shaqiri melencongkan bola dengan baik sekali dari sepakan percuma – mengejutkan penjaga gol dengan arah bola – membuka tirai jaringan pada minit ke-9.

Ia diikuti oleh rembatan melencong Minamino dari luar kotak penalti selang 9 minit kemudian untuk menggandakan kelebihan The Reds.

Takumi Minamino dan Curtis Jones masing-masing menjaringkan dua gol dalam perlawanan ini untuk menjadikan kedudukan kepada lima gol tanpa balas.

Tayo Edun menjaringkan gol pertama Lincoln City pada minit ke-60 namun Marko Grujic membalas dengan gol keenam lima minit kemudian.

Lincoln City tidak mengalah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 melalui Lewis Montsma dan kedudukan 6-2 tampak kekal hingga tamat.

Divock Origi menambah satu lagi gol lewat permainan untuk menjadikan kedudukan akhir 7-2.

“Pada babak pertama kita melihat penyudah world class dari Liverpool, dan kita juga melakukan satu atau dua kesilapan,” akui jurulatih Lincoln yang beraksi di League One, Michael Appleton.

“Pada babak kedua ia amat sukar dan prestasi kami juga mengecewakan – Saya menjangkakan kami patut score empat atau lima gol.

“Jika kami dibenarkan meletak baldi besar atau selimut di penjuru atas gol, maka kami mungkin mampu menyekat dari dibocori,” kata beliau.

Klopp ketika bercakap kepada BBC Radio 5 Live pula berkata:

“Kami bermain bola sepoak yang bagus dan sedap dilihat oleh mata.

“Kami melakukan hantaran dan melakukan penyudah pada situasi yang kami cipta. Pemain begitu semangat untuk beraksi dan menampilkan sikap yang amat baik.”

 

Barisan pemain:

Lincoln: Palmer, Bradley, Montsma, Eyoma, Melbourne, Bridcutt, Edun, Jones, Grant, Anderson, Scully

Subs: Ross, Jackson, McGrandles, Howarth, Roughan, Archibald, Hopper

Liverpool: Adrian, N Williams, R Williams, Van Dijk, Tsimikas, Grujic, Jones, Elliott, Shaqiri, Minamino, Origi

Subs: Kelleher, Fabinho, Keita, Jota, Wilson, Alexander-Arnold, Van den Berg

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.