Mohamed Salah terus menjadi mimpi ngeri kepada semua pertahanan di dunia. Beliau kini sudah menjaringkan 84 gol daripada 126 perlawanan untuk Liverpool.
Itu sudah cukup untuk membuktikan Mohamed Salah lebih unggul daripada Luis Suarez dan Fernando Torres.
Suarez menjaringkan 82 gol dalam 133 perlawanan. Sementara Fernando Torres menjaringkan gol sebanyak 81 gol daripada 142 perlawanan.
Dalam aksi menentang Watford sebentar tadi, 2 gol Mohamed Salah membantu Liverpool untuk terus kekal gayat dan bertahta di singgahsana liga.
Gol pertama Mohamed Salah adalah menerusi satu lencongan dengan kaki kanan yang sangat jahat dan padu teruk.
Gol itu berpunca daripada serangan kilat bermula daripada bawah. Mohamed Salag menerima hantaran Sadio Mane dan menyempurnakannya dengan cantik sekali dengan kaki kanan beliau.
https://twitter.com/i/status/1205837497038704743
Namun paling mencuri tumpuan adalah gol kedua yang merupakan gol mengesahkan 3 mata milik Liverpool.
Ianya beberapa hari selepas Salah melakukan gol yang dianggap berhak mendapat anugerah Nobel ketika menentang RB Salzburg.
Gol yang membuatkan seluruh dunia menjadi gila berbicara tentangnya.
Just how?! 🤯
Every angle of Mohamed Salah’s incredible goal against Red Bull Salzburg 🇪🇬👑 pic.twitter.com/GaUr6kJfUo
— Goal (@goal) December 13, 2019
Mohamed Salah telah menukar sepakan liar Origi menjadi gol yang cantik.
Salah melakukan satu backheel dan terus menutmeg Kabasele di depan beliau.
Gol backheel nutmeg Mohamed Salah itu menjadi bualan ramai. Ianya juga turut dilakukan dengan weaker foot beliau iaitu kaki kanan.
The disrespect from Salah to meg Kabasele 😍 pic.twitter.com/eCXrjrrINz
— Lewis (@LewisTh0mpson) December 14, 2019
Bukan gol yang mudah jika tidak ada fokus dan konsentrasi dalam kadar segera.
Mohamed Salah. That’s the GIF. pic.twitter.com/rlJEectflH
— Samue (@SamueILFC) December 14, 2019
Gol itu pastinya akan dikenang sebagai salah satu gol Mohamed Salah yang paling nakal.
Mo Salah ladies and gentlemen pic.twitter.com/9tBmcN6L7M
— NFuruhaug🇳🇴 (@NFuruhaug_) December 14, 2019
Satu penyudah yang sangat luar biasa oleh salah seorang nama besar dalam bola sepak global pada hari ini yang berasal dari Mesir.
Pemain yang dibeli oleh Liverpool dari AS Roma beberapa musim yang lalu.
https://twitter.com/i/status/1205854842318675968
Gol tersebut pada awalnya hampir dibatalkan pengadil. Para penyokong Liverpool di Anfield kelihatan resah.
Sebelum itu, gol Sadio Mane dibatalkan kerana ofsaid oleh VAR. Mereka tidak pasti adakah gol Mohamed Salah akan menerima nasib serupa.
Namun selepas beberapa minit diperiksa menerusi VAR. Gol itu diberikan kepada Liverpool.
7 – Mohamed Salah has scored seven Premier League goals against Watford; against no side has he netted more in the big 5 European leagues (level with Bournemouth). Breakthrough. pic.twitter.com/hxM51AuQA8
— OptaJoe (@OptaJoe) December 14, 2019
Liverpool menang 2-0 ke atas Watford. 3 mata lagi di dalam genggaman skuad Jurgen Klopp.
Minggu yang sangat cemerlang untuk Liverpool. Dalam jarak 7 hari, Liverpool menang 3 kali, menjaringkan 7 gol dan 3 clean sheet.
Liverpool juga mengesahkan kemaraan ke kalah mati UCL. Kekal di puncah liga dan sah menjadi juara pada Hari Natal musim ini.
Ini ditambah berita Klopp akan terus kekal. Dan tak lupa kejayaan mereka mendapatkan bintang Jepun Takumi Minamino.
Nampaknya Liverpool semakin sukar dikejar oleh pasukan lain. Mereka kekal bersaing dalam semua pertandingan setakat ini.
Selepas ini mereka akan ke Qatar untuk cuba membawa pulang Piala Dunia Kelab 2019. Jadual yang sangat padat untuk Liverpool.