Givet: Kami Menonton Filem Gladiator Untuk Semangat, Tapi Masuk Padang Kami Kena Belasah

Setiap pengurus pasukan mempunyai cara dan gaya tersendiri ketika melakukan pep talk di bilik persalinan bersama para pemain mereka.

Semangat, aura, cara bercakap dan kata-kata semangat yang diberikan boleh mempengaruhi pasukan untuk memberikan yang terbaik atas padang.

Bekas pemain pertahanan Blackburn Rovers pernah berkongsi kisah yang mana Sam Allardyce cuba menaikkan semangat para pemain dengan memberi mereka menonton filem 300 dan Gladiator ketika aksi pertemuan mereka bertemu Manchester United pada tahun 2010 lalu.

Givet merupakan penandatanganan terbesar Blackburn ketika itu selepas menandatanganinya dari Marseille, beliau menyertai pasukan dari England itu selepas dirinya berjaya diyakinkan oleh Big Sam.

Dengan memiliki status sebagai salah seorang pemain kebangsaan Perancis, Givet menjadi antara pemain terpenting dalam pasukannya.

Bekas bintang Perancis dan Blackburn itu menjelaskan, Big Sam pernah menggunakan cara dramatik untuk menaikkan semangat para pemain ketika dalam aksi bertemu setan merah di Old Trafford.

Pengurus tersebut menyediakan sebuah video pendek dalam usahanya untuk menaikkan semangat para pemain.

“Selepas selesai memanaskan badan, kami semua bergerak masuk ke bilik persalinan. Ketika kami semua sedang bersiap sedia untuk memakai jersi dan shin pads, Big Sam dengan tiba-tiba meminta kami untuk menunggu dan mereka mengeluarkan projektor.”

“Sam Allardyce ketika itu memainkan filem pendek Gladiator dan 300. Kami semua kemudiannya mengikuti apa yang dilakukan oleh para pahlawan dalam filem tersebut dengan menjerit ‘Arhhhhhhh! Menggunakan nada yang sama persis seperti dalam filem tersebut.”

Mendengar ceritanya Givet pasti ramai yang menyangka bahawa aura dan semangat kepahlawanan merasuk ke dalam jiwa mereka dalam perlawanan tersebut.

Namun sayangnya, semangat mereka terkulai layu selepas setan merah terus menerus merobek gawang gol mereka tanpa belas kasihan.

“Dalam masa 30 minit beraksi atas padang, kami sudah ketinggalan 3-0. Sehingga tamat perlawanan, kami tewas 7-1.”

Tambah Givet lagi.

Dmitar Berbatov dalam perlawanan tersebut berjaya menjaringkan lima gol dan ianya kekal menjadi persembahan individu terbaiknya bersama Manchester United.

Dalam perlawanan tersebut, setan merah mendominasi permainan dan pasukan lawan seperti tidak bermaya untuk berhadapan dengan mereka.

Big Sam hanya mampu melihat anak-anak buahnya di belasah teruk dan ternyata usaha beliau untuk menjadi dramatik bertukar menjadi tragedi.

“Selepas tamat perlawanan, kami semua hanya mampu ketawa sahaja apabila mengenangkan kembali apa yang kami buat. Ternyata para pahlawan itu sama sekali tidak masuk dalam diri kami.”

Untuk makluman, bukan hanya Sam Allardyce sahaja yang menggunakan teknik seperti itu, beberapa tahun selepas itu, Pep Guardiola turut menggunakan filem Gladiator dalam usaha untuk menaikkan motivasi para pemain Barcelona.

Dapatkan berita terkini di Telegram kami. Klik butang di bawah.