Cristiano Ronaldo menunjukkan rasa terkilannya apabila Bruno Fernandes dengan tamaknya tidak mahu menghantar bola kepadanya.
Insiden itu berlaku pada minit ke-11. Hanya selepas 2 minit daripada insiden Ronaldo menjadi penghalang kepada rembatan deras Bruno Fernandes dengan memblok bola tersebut.
Selepas itu, Elanga dan Ronaldo menunjukkan keserasian adik dengan abang di atas padang. Elanga menghantar kepada Ronaldo, dan kemudian legenda CR7 melakukan satu backheel kembali kepada Elanga.
Dalam keadaan pertahanan yang kelam kabut, Elanga menghantar kepada Bruno Fernandes. Ronaldo kemudian berada di sebelah kanan dalam keadaan ruang terbuka. Namun Bruno mahu menjaringkan terus bola itu. Malangnya, Ben Foster menafikan percubaan Bruno Fernandes.
Peminat Manchester United mempersoalkan tindakan Bruno Fernandes dan menganggap bahawa pemain itu terlalu mengejar nama dan statistik peribadi.
Bruno Fernandes could have easily passed it Ronaldo here pic.twitter.com/stGh7RTn0N
— Arsalan (@lapulgaprop_) February 26, 2022
Medique Cim yakin, kalau Bruno menghantar bola itu ke Ronaldo, maka 3 mata dalam genggaman mereka pada hari itu.
If Bruno had passed this ball to Ronaldo, we would have bagged the full 3 points today 😫😫. But anyways this is football pic.twitter.com/i9jIxMFv0F
— Medique Cim 🙏 (@medique_cim) February 26, 2022
Filipe Orlando ternyata merasakan tindakan Bruno Fernandes itu bukti bahawa terlalu ramai pemain dalam pasukan Manchester United yang hanya peduli soal statistik peribadi berbanding dengan kepentingan berpasukan.
Bruno passes this simple ball and Ronaldo scores. Man Utd win 1-0. Too many individuals caring about "stats" pic.twitter.com/QnmrE8dWDa
— Filipe Orlando (@MrFilipeOrlando) February 26, 2022
Seorang lagi peminat tegar Manchester United berkata: “Selagi lagi Bruno Fernandes terus diarahkan bermain di belakang Cristiano, maka Ronaldo tidak akan berjaya mengeluarkan kapasiti penuh keupayaannya.”
How amazing would that goal be if Bruno passed it to Ronaldopic.twitter.com/jIfO3GUqFF
— Cr (@cr_ronaldostan) February 26, 2022
“Video ini bukti jelas. Ini memang sangat mudah untuk melakukan hantaran dengan satu sentuhan, dan itu je. Ini bukan pertama kali Bruno Fernandes tidak mahu memberikan Ronaldo bola akhir.”
As long as Bruno Fernandes keeps playing behind Cristiano; Ronaldo will never unlock his full capacity. This video is clear example. This should be a No brainer pass and easy peasy tap in and that's all. This is not the first time he refuse to give him final ball@ManUtd #MUNWAT pic.twitter.com/Rj8A8Z1tHW
— BlqcMagik👳🏾♀️ (@Caringfreeman) February 26, 2022
Manchester United sekali lagi keciciran 2 mata dalam aksi yang mereka harus menang berdepan pasukan seperti Watford.
Selepas tamat perlawanan, Bruno Fernandes menganggap pasukannya tidak cukup tajam di hadapan gol. Punca mereka tidak menang.
Ralf Rangnick menegaskan bahawa, mereka terlalu banyak membazirkan peluang. Secara statistik, Manchester United melakukan 22 percubaan ke arah gawang lawan, namun tak satu pun yang masuk.
Prestasi Ronaldo turut membimbangkan para peminat mereka. Walaupun ada yang menyatakan bahawa Ronaldo beraksi teruk kerana bermain 3 perlawanan dalam masa 6 hari.
Namun kalau tidak diturunkan atau dikeluarkan, mungkin juga dia akan marah marah kan?