Manny Pacquiao telah melaungkan cabaran kepada Conor McGregor untuk perlawanan tinju sebenar. McGregor menyatakan, jika McGregor mahukan perlawanan tinju sebenar, Floyd Mayweather bukan orang yang tepat.
Pacquiao seakan-akan membangkitkan semula peristiwa di mana beliau tewas secara kontroversi dalam pertarungan yang digelar Fight Of The Century pada 2015 di mana Mayweather ‘berlari’ dalam ring.
“Dia tidak berlawan. Kerjanya adalah melarikan diri di dalam gelanggang.”
Pacquiao telah memuatnaik status twitter dan instagram, mengucapkan selamat hari kesyukuran kepada rakannya Conor McGregor dan kemudian meminta jaguh UFC itu bertarung dalam Real Boxing Match 2018.
Buat masa ini tiada balasan daripada McGregor, sama ada di media sosial ataupun daripada sidang media. Pihak Pacquiao pula sudah mengeluarkan kenyataan:
“Buat masa ini, tiada lagi rundingan di antara kedua-dua pihak.”
Manny Pacquiao akan menjangkau usia 39 tahun tidak lama lagi. Beliau sebelum ini menyerahkan tali pinggang WBA untuk kategori welterwight kepada Jeff Horn pada Julai lalu.
Conor McGregor masih belum bertarung sebarang pertarungan tempur setakat ini selepas tewas secara KO teknikal di tangan Mayweather pada puisngan ke-10 dalam pertarungan tinju. Pertarungan itu berlangsung pada Ogos 2016 yang lalu.

McGregor kini menghabiskan masa dengan keluarganya dan menikmati habuan wang yang sangat besar hasil daripada pertarungan itu.
Manny Pacquaio menggunakan nama Real Boxing Match 2018 untuk menyindir Mayweather tentang perlawanan tinju sebenar. Ini selepas audien disajikan dengan pertarungan mewah yang membosankan.
Pacquiao dilaporkan sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu beliau dan kini sudah pun memulakan latihan penuh.
Pacquiao pernah mengajak Mayweather untuk pertarungan ulangan, namun tidak dilayan oleh Mayweather yang selepas itu mengumumkan persaraan beliau.
Mayweather bersara dengan rekod sempurna 50-0-0 yang membolehkan beliau menjadi antara petinju terbaik dalam sukan tersebut.
Adakah Conor McGregor akan menyahut cabaran daripada Manny Pacquiao? Sama-sama kita nantikan.